Home Top Ad

Kisah Tho dan Sarjan Patrick




Anjing digelar kawan karib manusia atau man's best friend kerana sifatnya yang pintar dan setia terhadap tuannya.

Dalam penguatkuasaan undang-undang, anjing diperlukan terutamanya dalam membanteras sindiket pengedaran dadah.

Itulah tugas, Sarjan Patrick Sandai dengan anjing pengesan K9, Tho, yang berdua telah berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang (IPK Pahang) sejak 2018.

Hubungan di antara Patrick dan Tho sangat rapat dan mereka sentiasa bersama sehingga ke saat-saat terakhir kehidupan Tho.

Tho, a Labrador, was born on Jan 30, 2008, in China and served as a narcotics sniffer dog with Sergeant Patrick Sandai. -- Bernama File Pix
Patrick Sandai bersama rakan sekerja, Tho.
Foto: Bernama

Ini kisah Tho dan mentor, tuan serta kawan sekerja, Sarjan Patrick, yang telah bertugas bersama selama 12 tahun bermula 2008.

Tho, seekor anjing jenis labrador telah dilahirkan di China pada 30 Januari 2008 dan terus dilatih untuk bertugas sebagai anjing pengesan narkotik.

Patrick pula yang telah berkhidmat di Seksyen K9 selama 20 tahun, telah memulakan kariernya sebagai pemandu sebelum naik pangkat dan mula keluar bertugas di lokasi seperti kelab malam, sempadan negara serta lapangan terbang.

Tho hanya berusia lapan bulan apabila bertemu dengan tuan sehidupnya, ketika berlatih di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL).

Sebelum bertugas di IPK Pahang, Tho dan Sarjan Patrick telah berkhidmat di Seksyen K9 dalam Jabatan Siasatan Jenayah di IPK Johor, di mana mereka bekerja keras dan berjaya menangkap ramai penjenayah.

Menurut Patrick, sejak hari pertama mereka bekerja bersama, Tho tidak pernah sekali pun mengecewakannya.

Malangnya, sejak kebelakangan ini, kesihatan Tho semakin merosot dan pada 19 September 2020, Tho  yang berusia 12 tahun telah menghembuskan nafas terakhirnya akibat komplikasi usia.

Berdasarkan pos FB itu, usia tersebut dianggar bersamaan dengan 84 tahun usia manusia.

Patrick yang berada di sisi Tho semasa kematiannya menganggap kehilangan anjing kesayangannya sebagai satu kehilangan besar dalam hidupnya.

Bagaimanapun, kenangan bersama Tho akan sentiasa dikenang selain kejayaan yang dicapai bersama sebagai rakan sekerja.

Tho adalah aset kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan dipangkatkan sama dengan tuannya, iaitu Sarjan Patrick dan Sarjan Tho.



Posted by Polis Pahang on Saturday, 19 September 2020


Kisah Tho dan Sarjan Patrick Kisah Tho dan Sarjan Patrick Reviewed by Hilal Azmi on September 21, 2020 Rating: 5

No comments