Home Top Ad

Lady Gaga pun pakai face mask, apa lagi alasan hang?



Bagaimana Lady Gaga memastikan persembahan yang menarik walaupun memakai face mask ataupun topeng di Video Music Awards MTV (VMA)?


Bukan sekadar face mask tapi face mask yang ada kesan Sound Reactive ataupun pancaran cahaya yang aktif mengikut bunyi.



Face mask (pelitup muka/topeng muka) yang canggih itu direka hasil kerjasama Smooth Technology dan Diego Montoya untuk memastikan Lady Gaga tetap menyampaikan persembahan yang gempak di atas pentas. 

Siapa ada masalah nak tengok wanita seksi di atas pentas jangan tengok video dari Tweet ini, di mana Lady Gaga melakukan persembahan dengan Ariana Grande di VMA:


Ini merupakan ujian yang diadakan terhadap topeng yang dipakai oleh Lady Gaga.



Bukan setakat face mask itu sahaja, Lady Gaga yang datang dengan pelbagai jenis kostum turut mengenakan pelbagai jenis topeng, face mask dan sebagainya.





Dengan segala usaha dan peracangan yang gempak dilakukan Lady Gaga, tak hairanlah kenapa ia mendapat lebih 20.6 juta tontonan dalam tempoh 24 jam di media sosial. 

VMA turut mencatat rekod baharu tontonan tahun ini, lebih 6 juta penonton tahun ini di TV berbanding hanya 1.9 juta tahun lalu.

Tengok saja persembahan Lady Gaga ini:



Mesti ada yang kata baik dia pakai benda yang boleh menutup aurat daripada setakat pakai face mask yang canggihkan? 

Apapun selebriti Amerika Syarikat ini semua menunjukkan bahawa betapa pentingnya untuk menyelamatkan manusia daripada coronavirus COVID-19 dengan sentiasa memakai face mask. 

Face mask tidak efektif sepenuhnya tetapi ia dapat mencegah daripada tak pakai langsung. 




Sumber foto: mashable / Twitter
Lady Gaga pun pakai face mask, apa lagi alasan hang? Lady Gaga pun pakai face mask, apa lagi alasan hang? Reviewed by Hilal Azmi on September 01, 2020 Rating: 5

No comments