Home Top Ad

Macam mana bulan boleh berkarat?


Bulan, cakerawala yang berfungsi sebagai satelit asli Bumi didapati telah berkarat.

Karat terbentuk apabila besi bertindak dengan air dan oksigen dalam proses yang dipanggil oxidation atau pengoksidaan.

Namun, bulan yang tiada atmosfera dan mempunyai persekitaran yang kering adalah tidak sesuai bagi pembentukan karat.

Bulan hanya mengandungi oksigen, silikon serta logam dan besi seperti magnesium, kalsium dan aluminium.

Lain seperti di planet Marikh, di mana karat terbentuk di permukaan planet oleh sebab tindak balas besi dengan air dan oksigen yang terbentuk pada zaman purba.

Perkara itu menyebabkan terhasilnya besi oksida (iron oxide), iaitu warna kemerahan pada permukaan Marikh.

Apa bukti bulan berkarat?

Ketika mempelajari pemetaan mineral di bulan menggunakan JPL Moon Mineralogy Mapper, Shuai Li, pembantu penyelidik Institusi Geofizik dan Planetologi di University of Hawaii mendapati bahawa terdapat perbezaan di antara bahan yang wujud di kutub bulan dengan keseluruhan permukaan bulan.

Sumber foto: Shuai Li

Li mendapati di kedua-dua kutub bulan, terdapat hematit (Fe2O3), sejenis besi oksida atau karat yang turut didapati di permukaan bumi.

Kefahaman itu yang mengelirukan ramai para saintis juga membuktikan bahawa bumi ada pengaruh dalam pembentukan hematit di bulan.

Macam mana Bumi jadi sebab bulan berkarat?

Saintis telah keluar dengan dua hipotesis yang mampu menjawab persoalan ini.

Pertama, Bulan tiada atmosfera, oleh itu lebihan oksigen dari atmosfera Bumi telah bergerak ke bulan melalui medan magnet atau "magnetotail" dan mempengaruhi pembentukan hematit.


Sumber foto: Nocolas Lobos

Kedua, bulan tiada air kecuali ais di dalam kawah bulan, oleh itu saintis bercadang ais berkenaan telah diaktifkan oleh zarah debu, menyebabkan ia bertindak balas dengan besi di permukaan bulan dan akhirnya membentuk hematit.

Tambah kajian itu, zarah debu itu juga mungkin memiliki molekul air yang mampu mempercepatkan proses pengoksidaan.


Dalam proses karat, besi perlu bertindak balas dengan bahan oksida (oxidiser) atau molekul seperti oksigen yang menerima elektron daripada besi.

Sumber foto: Nicolas Thomas



Macam mana bulan boleh berkarat? Macam mana bulan boleh berkarat? Reviewed by Hilal Azmi on September 08, 2020 Rating: 5

No comments