Home Top Ad

Malaysia akan bina laluan pejalan kaki berhawa dingin ke Singapura


Orang Malaysia ni tak suka berjalan, maklumlah bila saya cakap saya berjalan dari pejabat ke KLCC atau Pavilion (jarak 1.6/1.8km) semua orang kata jauh.

Pada masa sama, orang lupa bahawa salah satu ciri bandar maju adalah mereka mempunyai ruang untuk pejalan kaki yang luas, bukan jalan raya yang besar.

Jadi usaha untuk membina sebuah laluan pejalan kaki berbumbung berhawa dingin di Tambak Johor bernilai RM30 juta merupakan satu idea yang menarik.

Pembinaan itu dapat memudahkan berjuta-juta penduduk di kedua-dua negara untuk merentas sempadan dan mengurangkan kesesakan di situ, kalau ramai yang menggunakannya la. 

Itu yang dipetik Berita Harian Singapura, di mana Exco Kerja Raya, Infrastruktur & Pengangkutan, Mohd Solihan Badri, projek itu akan menghubungkan Johor Bahru ke Woodlands.

Peruntukan awal sebanyak RM15 juta digandakan untuk menambah eskalator dan penghawa dingin, menurut Mohd Solihin yang bercakap kepada wartawan di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Laluan sepanjang 350 meter itu akan dibina oleh Malaysia sementara Singapura dikatakan berminat untuk menyambung laluan itu di sempadan mereka, bagi melengkapkan lintasan untuk pejalan kaki itu.

Jalan la wahai orang Malaysia, ia baik untuk kesihatan, lebih baik daripada jogging.

Sumber foto: SGMYCAR
Malaysia akan bina laluan pejalan kaki berhawa dingin ke Singapura Malaysia akan bina laluan pejalan kaki berhawa dingin ke Singapura Reviewed by Hilal Azmi on September 14, 2020 Rating: 5

No comments