Home Top Ad

Mana pergi otak John F. Kennedy?


John F. Kennedy atau JFK merupakan Presiden Amerika Syarikat (AS) yang ke-35 dan bertugas di White House dari tahun 1960 hingga 1963. 

Beliau mati ditembak oleh bekas tentera marin, Lee Harvey Oswald pada 22 November 1963, di Dallas, Texas ketika menaiki kereta limusin tanpa bumbung.


Pada pukul 8 malam hari yang sama, mayatnya dibawa ke Hospital Bethesda Naval di Maryland untuk dilakukan otopsi.


Apa yang menjadi misteri sehingga hari ini ialah otak bekas ahli demokrat telah hilang
dan sehingga kini masih tiada bukti yang kukuh di mana perginya organ itu.

Apa terjadi kepada otak John F. Kennedy?


Foto: Wikipedia

Menurut penulis buku End of Days: The Assassination of John F. Kennedy (2013), James Swanson, otak Kennedy telah diasingkan dan diletakkan di dalam sebuah kabinet fail di pejabat Perkhidmatan Rahsia AS atau Secret Service.

Kemudiannya, organ itu dipindahkan di dalam sebuah peti simpanan bersama bahan-bahan bukti lain dan seterusnya disimpankan dalam sebuah "bilik selamat" bersama Arkib Nasional negara itu.

Namun, pada tahun 1966, iaitu tiga tahun selepas kematian tragik JFK, otaknya itu telah hilang.

Swanson mempunyai teori di mana organ itu telah dicuri oleh adik JFK, Robert F. Kennedy atau RFK dengan tujuan mengelak daripada organ itu dipamerkan.

Teori itu turut disokong oleh kerajaan AS dan Burke Marshall, pembantu Peguam Negara pada ketika itu yang mengatakan RFK telah mengambil otak itu dan melupuskannya tanpa memberitahu sesiapa.

Lebih pelik, RFK kemudiannya terbunuh pada tahun 1968 selepas ditembak tiga kali oleh seorang warga Palestin, Sirhan Bishara Sirhan, sejurus beliau memenangi pemilihan di California, dengan harapan menjadi calon Presiden Demokrat pada tahun itu.

Apa sebab sebenar otak itu hilang?


Jawatankuasa Pemilihan Pembunuhan Dewan Perwakilan AS (HSCA) pada tahun 1979 melaporkan bukti bahawa JFK telah dibunuh oleh sebab beberapa teori konspirasi.

Antara teori itu termasuk kaitan kematian JFK dan kehilangan otaknya dengan cara sebenar pembunuhan JFK.

Menurut siasatan Warren Commision, JFK telah ditembak di leher sebanyak sekali oleh seorang suspek utama, Oswald.

Oswald yang berjaya ditahan, telah dibunuh dua hari selepas pembunuhan JFK, oleh seorang pemilik kelab malam, Jack Ruby.

Ada juga yang mengatakan bahawa bukti-bukti yang diambil dari autopsi termasuk autopsi ke atas otak JFK, sebenarnya bukan milik mayat JFK yang sebenar.

Bagaimanapun, kerajaan AS dikatakan telah menyembunyikan bukti lain yang mampu menyokong teori-teori itu dan sehingga hari ini, kehilangan otak JFK menjadi misteri yang diabaikan.

Sumber foto: Library of Congress


Mana pergi otak John F. Kennedy? Mana pergi otak John F. Kennedy? Reviewed by Hilal Azmi on September 11, 2020 Rating: 5

No comments