Home Top Ad

Meriah sungguh PRN Sabah, Elsa dan Captain America pun ada


Kalau pos sebelum ini viral Power Rangers pergi mengundi, ini pula karekter-karekter antarabangsa lain yang turun mengundi atau membantu kempen mengundi pada Pilihan Raya Negeri Sabah.


Ternyata, kehadiran mereka ini memeriahkan lagi suasana mengundi yang sudah pasti diadakan dalam keadaan yang amat menakutkan, akibat pandemik COVID-19 dan juga kes yang semakin meningkat di negeri itu.


BACA: POWER RANGER JUGA PERGI MENGUNDI


Captain America juga dipercayai berada di kawasan mengundi di Sabah seperti gambar yang tular di Twitter dan juga karekter dari Disney, Frozen iaitu Queen Elsa.


Apa tujuan mereka buat begini? Suka hati mereka lah, nak pakai crown ke, nak pakai macam Elsa ke, White Ranger ke, janji mereka pergi menunaikan tanggungjawab untuk memastikan calon atau parti pilihan mereka menang!


Kalau tujuan nak cari perhatian, bagus lah kerana mereka sudah berjaya. Semoga semua selamat di luar sana dan calon-calon pilihan anda menang.


PS: Kami tak tahu kesahihan gambar ini, baharu atau yang lama, layankan aja bah




Meriah sungguh PRN Sabah, Elsa dan Captain America pun ada Meriah sungguh PRN Sabah, Elsa dan Captain America pun ada Reviewed by Hilal Azmi on September 26, 2020 Rating: 5

No comments