Home Top Ad

Ok tak kalau tak upgrade ke iOS 14?



Ok sangat. Jangan takut ketinggalan atau ada perasaan FOMO (Fear Of Missing Out) kerana iOS 14 yang baharu ni masih ada masalah bug yang masih belum diselesaikan.


Bagi sesetengah pengguna Beta iOS 14, mereka berpendapat bug pada iOS terbaharu ini tidak seteruk jika dibandingkan dengan sebelum ini.


Namun, jika anda jenis yang mahukan sistem operasi yang jamin stabil, tunggulah sehingga ada kemas kini 14.1 atau 14.2.


Dalam satu undian yang kami adakan bermula pagi tadi di Twitter, 54.3% kata iOS14 tak best digunakan.



Namun, kami suspect ada yang undi ni tak guna pun iOS, malah pengguna Android yang tak suka iPhone, berdasarkan beberapa komen yang dibuat.


Jika ada mahu iPhone atau iPad anda nampak baharu, update lah kepada iOS 14.


Anda akan dapat guna App Library, yang menyusun semua aplikasi anda dengan lebih baik.


Widget pada Home Screen yang lebih menarik.


Siri yang tak lagi full screen (kalau guna Siri la) dan boleh multi-task picture in picture. 


Semua fungsi atau ciri-ciri ini memang sudah ada pada Android, jadi sudah tiba masa penggunaan iPhone jadi lebih menarik, setelah lebih 13 tahun menggunakan user interface yang hampir sama.




Ok tak kalau tak upgrade ke iOS 14?  Ok tak kalau tak upgrade ke iOS 14? Reviewed by Hilal Azmi on September 17, 2020 Rating: 5

No comments