Home Top Ad

Orang yang kekurangan vitamin D lagi berisiko dijangkiti COVID-19


Bukan saya cakap, tapi sepertimana dapatan terbaharu satu kajian kecil yang diterbitkan di carian JAMA Open Networks, satu jurnal perubatan yang dibiaya American Medical Association.

Kata laporan UChicago Medicine itu, orang yang kekurangan vitamin D, kurang 22 nanogram per mililiter, adalah dua kali lebih berisiko dijangkiti virus durjana COVID-19 berbanding orang yang cukup vitamin.

Ia adalah berdasarkan ujikaji yang dijalankan terhadap 489 subjek yang dijangkiti COVID-19 di mana tahap vitamin D dalam tubuh mereka disukat. Dapatan itu sekaligus menyokong kajian terdahulu yang mengaitkan vitamin D dengan risiko jangkitan wabak itu.

"Vitamin D adalah sangat penting untuk fungsi sistem pertahanan tubuh. Makanan tambahan vitamin D telah menunjukkan bahawa ia dapat mengurangkan risiko jangkitan," kata Dr. David Meltzer, ketua perubatan hospital di UChicago Medicine.

Satu kajian di Itali tempohari pula mendapati bahawa selepas diwadkan 10 hari, separuh daripada 42 pesakit yang kekurangan vitamin D menemui ajal mereka. Daripada separuh itu, hanya 5% daripadanya adalah pesakit yang cukup vitamin D.

Vitamin D ini selalunya kita dapat daripada sinaran matahari, namun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan keterdedahan kita tidak seperti dahulu.

Makanan-makanan yang membekalkan vitamin D yang diperlukan tubuh. (Sumber: Diabetes.uk)

Tapi apa-apa hal pun, pemakanan adalah amat penting, dan dalam kes ini, pengambilan makanan yang ada kandungan vitamin D yang tinggi adalah digalakkan.

Ikan berlemak seperti kembung, sardin dan salmon, susu soya, oren, keju, kuning telur dan cendawan antara makanan yang tinggi kandungan vitamin D. Tapi makan secara berkadar, terlebih pun tak elok.

Kalau mahu lebih mudah, belikah pil atau makanan tambahan sebagai ganti. Tapi disarankan lebih baik makan makanan sebenar berbanding segala yang diproses. Keep it real.

Sebenarnya bukan vitamin D sahaja, semua zat lain pun kalau tak cukup, cepat atau lambat badan akan merosot. Maka sama-samalah kita jaga diri supaya kita boleh jaga orang lain. Rancak TV peduli.

*Jadi betul lah cara orang dulu-dulu ubat kalau demam dijemurkan bawah matahari. Dulu dalam kepala kita 'ingat bateri ke nak dijemur'. Rupanya ada munasabahnya.

*Sumber: Insider, JomSalmon

Orang yang kekurangan vitamin D lagi berisiko dijangkiti COVID-19 Orang yang kekurangan vitamin D lagi berisiko dijangkiti COVID-19 Reviewed by Hilal Azmi on September 04, 2020 Rating: 5

No comments