Home Top Ad

Patutkah mumia berusia 2,500 tahun dikejutkan?



Ingat lagi tak jalan cerita The Mummy pada tahun 1999?

Dalam filem tersebut, perjalanan beberapa orang ke tanah perkuburan purba Hamunaptra secara tidak sengaja telah menghidupkan semula seorang paderi sumpahan yang telah mati beribu-ribu tahun dahulu.

Kini, perkara itu dikhuatiri benar-benar berlaku apabila Kementerian Barang Antik Mesir mengumumkan penemuan 14 keranda batu (sarcophagus) yang tertanam di bawah sebuah perigi di nekropolis Saqqara, Mesir, Ahad lalu.

Jumlah itu merupakan tambahan kepada 13 keranda batu yang ditemui pada awal September lalu, menjadikan jumlah ditemui sebanyak 27.


Foto: Leonardo Ramos

Nekropolis Saqqara merupakan tanah perkuburan zaman purba di selatan Kaherah yang turut terletak sekitar 15 kilometer dari Piramid Giza dan merupakan sebahagian daripada Warisan Dunia Unesco.

Pakar arkeologi menganggap pertemuan itu sebagai hasil pertemuan terbesar bagi kategorinya. 

Menurut mereka, keranda-keranda batu itu telah ditanam 2,500 tahun dahulu dan tidak pernah dibuka.

Foto: EPA

Gambar menunjukkan keranda berkenaan dihiasi hieroglif serta lukisan menggunakan cat berwarna merah dan biru.

Kita tidak tahu apa mereka akan lakukan kepada hasil penemuan itu atau siapa di dalam keranda batu yang dihiasi dan terpelihara dengan baik, atau apa akan jadi jika dibuka.

Namun apa yang kita tahu ialah Mesir sudah lama menggunakan hasil penemuan zaman purba sebagai tarikan pelancongan dan mampu menghidupkan semula sektor pelancongan negara yang terjejas akibat COVID-19.

A team of archaeologists and experts with the Egyptian Ministry of Tourism and Antiquities recently uncovered a burial complex in the necropolis of Saqqara, containing well-preserved sealed coffins, made of wood, and believed to be dating back some 2,500 years
Foto: EPA

Setakat ini, itu sahaja yang kita tahu, tetapi nantikan pengumuman seterusnya oleh Kementeriaan Barang Antik Mesir dan Majlis Tertinggi Antikuiti Mesir, yang akan mendedahkan lebih banyak lagi "rahsia" yang terkubur di bandar penuh sejarah selepas penemuan ini.

Jadi apa kata anda? Patutkah mereka korek lagi dalam dan buka kesemua keranda yang dijumpai?


Sumber foto: Daniel Tong


Patutkah mumia berusia 2,500 tahun dikejutkan? Patutkah mumia berusia 2,500 tahun dikejutkan? Reviewed by Hilal Azmi on September 21, 2020 Rating: 5

No comments