Home Top Ad

Pendedahan Apple Event, apa yang akan diumumkan esok


Apple Event yang akan diadakan dalam talian esok malam.

Sudah pasti ramai yang tak sabar pengumuman iPhone 12 dan produk-produk yang lain yang Apple akan umumkan.

Ini yang hampir pasti akan diumumkan oleh Apple esok.

Apple One

Apple dikatakan akan menyediakan sebuah platform untuk semua kandungan mereka termasuk gaming yang dikenali sebagai Apple One.

Menurut Mac Rumours, domain bagi Apple One juga sudah didaftarkan dan antara pakej yang dijangka disenaraikan adalah Apple Music, Apple TV+, Apple Arcase, iCloud dan Apple News+.

Difahamkan Apple juga akan mengadakan langganan untuk fitness juga bersama dengan Apple One, seperti workout plan dan kelas kecergasan yang boleh digunakan pada produk iPad, iPhone dan Apple TV.

Apple Watch Series 6

Sumber: Web Rumours

Dengan adanya pelan dan kandungan fitness di Apple One, sudah pasti Apple Watch adalah salah satu keperluan penting untuk memantau tahap kesihatan dan kecergasan kita.

Bagaimanapun tidak ada perubahan ketara terhadap design Apple Watch Series 6, kecuali cip baharu dalam jam pintar itu untuk membaiki prestasi dan jangka hayat baterinya.

Khabar angin menyebut Series 6 akan memaparkan pemantauan oksigen darah darah, satu penambahan yang baik untuk meningkatkan lagi nilai Apple Watch.

Pemantauan oksigen darah amat penting untuk mengetahui masalah kesihatan yang dihadapi seseorang jika ia jatuh di bawah paras 95%.

Ini amat berguna pada era-pandemik di mana COVID-19 menyebabkan kadar oksigen turun dalam badan, akibat sesak nafas.

Series 6 dijangka mempunyai ketahahan terhadap air yang lebih baik, kelajuan Wifi dan cellular yang dipertingkatkan.

iPad Air

Sumber: Web Rumours

Generasi terbaharu iPad Air dijangka hadir dengan Touch ID di atas skrin, bermakna tiada lagi butang fizikal seperti edisi iPad terdahulu, namun ia masih khabar angin.

iPad Air dikatakan mempunyai design yang sama seperti iPad Pro dengan saiz 10.8 hingga 11 inci.

USB-C juga akan digunakan untuk iPad Air seperti yang ada pada iPad Pro untuk mengecas dan juga bakal menyaksikan Magic Keyboard dilancarkan bersamanya.

Ada ke iPhone 12?

Sumber: Web Rumours

Menurut Mac Rumours, Apple Event esok hanya akan fokus kepada iPad dan Apple Watch, produk yang berguna semasa krisis kesihatan yang berlaku di seluruh dunia sekarang.

Dan ini juga kali pertama Apple tidak melancarkan telefon pintar pada Apple Event bulan September seperti yang diadakan sebelum ini.

Penangguhan produksi iPhone juga punca ia tidak akan dilancarkan pada 15 September ini namun jika ia diumumkan juga, ini bermakna Apple akan melancarkan empat jenis iPhone tahun ini.

Akan ada dua model iPhone yang mampu milik dan dua lagi model pro yang mahal.

iPhone mampu milik itu akan datang dengan saiz skrin 5.4 inci dan 6.1 inci, sementara model yang mahal itu bersaiz 6.1 dan 6.7 inci.

Kesemua skrin akan ditukar dari LCD kepada OLED, skrin penuh dan Face ID dengan takik.

Paling penting, iPhone yang terbaharu perlu ada capaian 5G, kalau tak ada, ia bakal kehilangan pengguna baharu dan mungkin juga yang pengguna yang tegar.

Cip 5G adalah sangat mahal dan kemungkinan besar, pemotongan kos akan menyebabkan iPhone datang tanpa adapter pengecas dan juga Earpods.

Airtags?

Sumber: Mac Rumours

Kemungkinan peranti ini akan dilancarkan, di mana ia merupakan sebuah peranti penjejak yang mungkin menggunakan Bluetooth untuk mencari barang yang hilang.

Ia biasanya diletakkan pada kunci, beg duit atau benda kecil yang kerap hilang.

Mana yang paling menarik? Sama-sama kita nantikan.


Pendedahan Apple Event, apa yang akan diumumkan esok Pendedahan Apple Event, apa yang akan diumumkan esok Reviewed by Hilal Azmi on September 14, 2020 Rating: 5

No comments