Home Top Ad

Pernah kena denggi? Mungkin anda lebih imun kepada COVID-19


Orang yang pernah dijangkiti denggi kemungkinan ada sedikit imuniti terhadap jangkitan COVID-19. 

Malah ada dari kalangan mereka yang mempunyai antibodi denggi lebih cenderung untuk diuji positif mempunyai antibodi COVID-19, walaupun tak pernah dijangkiti virus itu. 

Itu antara dapatan kajian tidak rasmi yang telah didedahkan kepada Reuters oleh Profesor Duke University, Miguel Nicolelis.

Kajian itu mendapati kes-kes positif COVID-19 di Brazil adalah rendah di kawasan yang pernah dilanda wabak denggi pada tahun 2019 dan 2020.

Walaupun Flavirus yang menyebabkan denggi dengan SARS-CoV-2 yang menyebabkan COVID-19 adalah virus berbezaperkara itu membuktikan ada persamaan dalam reaksi imun terhadap kedua-dua virus itu.



Saintis turut mendapati trend yang sama di negara-negara lain di Latin Amerika serta negara-negara Asia, pulau Pasifik, dan Lautan Hindi.

Kajian terhadap jumlah kes COVID-19 di Brazil mengikut geografi menunjukkan trend kemungkinan pendedahan kepada denggi mampu memberi kesan imun terhadap COVID-19.



Walaupun kajian Nicolelis masih di peringkat awal, pendedahan itu tidak menolak kemungkinan bahawa antibodi denggi boleh dijadikan bahan kajian bagi pembangunan vaksin COVID-19.

Jika hipotesis itu dibukti benar, ia bermaksud jika anda pernah kena denggi, anda mungkin sudah ada antibodi yang mampu melawan COVID-19, dan kemungkinan dijangkiti COVID-19 adalah lebih rendah.


Bagaimanapun, tiada apa yang pasti setakat ini dan kajian masih dijalankan.

Oleh itu, jangan terlalu gembira jika pernah kena denggi, ia tidak menjamin keselamatan terhadap mana-mana virus, termasuk virus denggi kerana jika pernah terkena denggi, tidak bermaksud anda imun daripada dijangkiti semula.

Sumber foto: Vladimir Fedotov


Pernah kena denggi? Mungkin anda lebih imun kepada COVID-19 Pernah kena denggi? Mungkin anda lebih imun kepada COVID-19 Reviewed by Hilal Azmi on September 24, 2020 Rating: 5

No comments