Home Top Ad

POV: Terperangkap di atas jalan yang dinaiki air? Ini yang perlu anda lakukan..

 


Bayangkan anda sedang memandu kenderaan dalam keadaan hujan lebat dan kemudian terlihat jalan di hadapan anda mula dinaiki air, apakah yang anda akan lakukan?

 

Adakah anda akan terus meredah jalan tersebut atau mengambil langkah yang lebih selamat iaitu berpatah balik?

 

Sekiranya anda terperangkap dalam situasi banjir kilat dan tidak mempunyai pilihan selain meredah jalan tersebut, ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan.

 

Ini perkara yang perlu anda lakukan..

 

Jangan Panik!


Okey, perkara pertama yang perlu anda ingat adalah anda tidak boleh berasa panik dan sentiasa dalam keadaan tenang.


Hal ini kerana, sekiranya anda panik, anda akan cenderung untuk memandu secara tidak berhemah.


Malah, peratusan anda untuk terlibat dalam kemalangan jiwa adalah sangat tinggi! 


Anggarkan Kedalaman Paras Banjir


Jika anda telah terperangkap di atas jalan yang sudah dinaiki air, salah satu cara yang paling mudah adalah perhatikan objek di hadapan anda untuk menganggarkan paras kedalaman air di jalan tersebut.


Sekiranya, paras air tersebut di bawah paras ekzos kenderaan, ia masih selamat untuk dilalui.

 

Periksa Laluan Dari Sebarang Halangan


Kemudian, pastikan laluan di hadapan anda tidak terhalang.


Sekiranya terdapat halangan atau laluan tersebut sesak, tunggu seketika sehingga laluan tersebut selamat. 

 

Stabilkan Kelajuan


Ketika melalui jalan yang dinaiki air, pastikan kelajuan kereta adalah optimum iaitu tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan.


Hal ini bagi memastikan kereta tidak mudah dibawa arus dan terbabas ke bahu jalan.

 

TAPI, sekiranya paras air adalah lebih tinggi daripada ekzos kenderaan dan anda tidak mempunyai pilihan selain meredah banjir, maka lakukan langkah ini..

 

Kenderaan bertransmisi automatik

Haa, jika kenderaan anda bertransmisi automatik, tukarkan gear kenderaan kepada low atau ‘L’. 




Kemudian, kawal kenderaan menggunakan brek tangan serta pastikan butang brek tangan atau ‘hand break’ sentiasa ditekan untuk mengelakkan brek dari terkunci.

 

Kenderaan bertransmisi manual 


Untuk kenderaan bertransmisi manual, pastikan anda menggunakan gear 1 dan kekalkannya di sepanjang pemanduan di atas jalan tersebut.


Kawal klac, untuk pastikan meter RPM sentiasa berada lebih daripada 2,500.

  

PENTING!


Selepas kembali ke laluan yang tiada air, pastikan anda periksa brek kenderaan.


Kebiasaannya, brek tidak berfungsi dengan baik ketika basah.

 

Oleh itu, pandu dengan perlahan. Hadkan kepada 10 hingga 15km/j sambil menekan brek dan minyak secara serentak.

 

Atau, pergi ke bengkel terdekat untuk lakukan pemeriksaan kenderaan.



POV: Terperangkap di atas jalan yang dinaiki air? Ini yang perlu anda lakukan.. POV: Terperangkap di atas jalan yang dinaiki air? Ini yang perlu anda lakukan.. Reviewed by Hilal Azmi on September 20, 2020 Rating: 5

No comments