Home Top Ad

Proton X50 boleh pandu sendiri?

 

Proton X50 adalah kereta Proton yang pertama menggunakan teknologi automation level 2 (pemanduan autonomi tahap kedua) iaitu pemanduan separa autonomi ataupun separuh automatik.

X50 menggunakan pengesan (sensor) & kamera untuk pemanduan yang lebih selamat kerana lebih 85% kemalangan yang berlaku di jalan raya adalah disebabkan kecuaian manusia. 

Bahasa mudah, level 2 punya automation ini boleh pandu sendiri tapi kita kena pantau, bukan macam Tesla, boleh set mana nak pergi, kemudian tidur (walaupun ia tidak digalakkan).




Proton X50 yang baharu ini padat dengan teknologi & apa yang best mengenai autonomi tahap kedua pada X50 adalah ia ada fungsi untuk mengawal stereng supaya kita kekal dalam lorong yang kita tetapkan.


Autonomi Level 2 ni juga membantu kita menghentikan kenderaan untuk mengelak pelanggaran, jika kita tak sedar atau terlalai semasa memandu.


Dengan pengimbas yang ada pada X50, ia boleh mengesan objek dan juga pejalan kaki yang melintas. 


Sebelum ia melakukan brek mengejut, sistem X50 ini akan memberi amaran terlebih dahulu dan jika perlu, ia akan melakukan brek mengejut.


Parking sendiri pun boleh, pemandu tengok saja. Video penuh dan nama teknologi serta ciri-ciri yang ada pada X50 ni kami akan bagi esok.


Panjang juga ujian yang kami sertai bersama Proton di Litar Antarabangsa Sepang dari pagi hingga petang tadi, penat!



Proton X50 boleh pandu sendiri? Proton X50 boleh pandu sendiri? Reviewed by Hilal Azmi on September 30, 2020 Rating: 5

No comments