Home Top Ad

Robot Gundam hidup di Jepun

 


Dengan ketinggian 18 meter dan berat 25 tan, robot Gundam memulakan langkah buat kali pertama di Yokohama, Jepun.


Dalam sebuah video yang tular di media sosial, robot itu juga dilihat membongkok dan menggerakkan tangannya.


Robot gergasi itu dibuat dengan ciri berdasarkan RX-78-2 Gundam, yang pertama kali muncul dalam siri animasi Jepun Mobile Suit Gundam 1979, dipandu oleh protagonis, Amuro Ray.


Dicipta oleh artis animasi Jepun, Yoshiyuki Tomino dan studio animasi Sunrise, siri berkenaan menghasilkan francais bernilai jutaan dolar termasuk model Gundam, filem animasi, novel dan beberapa siri animasi.




Dipamerkan di pelabuhan Yokohama Yamashita, robot Gundam adalah tarikan utama Kilang Gundam Yokohama, yang dijadualkan dibuka pada 1 Oktober.


Acara pratonton yang sepatutnya berlangsung pada bulan Julai dibatalkan akibat COVID-19.


Menurut laman web Gundam.info, robot berkenaan adalah sebahagian daripada projek Gundam Global Challenge, yang bertujuan untuk menghasilkan "robot Gundam berukuran 18 meter yang boleh bergerak".


Agensi berita Guardian melaporkan pembinaan robot itu mula dirancang sejak enam tahun yang lalu. 


Ia dihasilkan teliti bagi memastikan setiap bahagian memenuhi had berat untuk mengelakkan anggota badannya melengkung, dan semua 24 bahagian yang bergerak dapat berfungsi dengan lancar tanpa masalah.


Ini adalah robot Gundam bersaiz penuh kedua di Jepun. Robot pertama dipamerkan di tepi laut Odaiba, Tokyo pada tahun 2009, sebelum diganti dengan patung Gundam yang lain pada tahun 2017.


Artikel asal: Astro AWANI


Robot Gundam hidup di Jepun Robot Gundam hidup di Jepun Reviewed by Hilal Azmi on September 27, 2020 Rating: 5

No comments