Home Top Ad

Semua orang sayang Sandra, semoga tenang di sana


Penyanyi dan peserta Big Stage musim ketiga, Sandra Dianne dilaporkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada awal hari ini.

Berita sedih mengenai pemergian Sandra, 26 tahun, itu dikongsikan rakan penyanyinya, Sufie Rashid di laman Instagram peribadinya.

“Selamat pulang ke rahmatullah sahabatku. Anda seorang rakan baik yang mempunyai hati yang mulia.

“Terima kasih sebab beri saya peluang untuk satu pentas dengan awak.

“Semoga awak tenang di sana. Innalillahiwainnailaihirojiun,” kata Sufie menerusi satu entri di Instagram awal pagi ini.


Rakan seperjuangan Sandra dalam program realiti Big Stage 2020, Usop, dan Azzam turut berkongsikan berita duka menerusi satu entri di laman Instagram peribadinya dengan kapsyen yang berbunyi:

“Sandra rehat k. Al-Fatihah,” kata peserta Usop.



Peminat turut berkongsi kesedihan mereka atas pemergian Sandra.









Sabtu lalu, Sandra, atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP).

Insiden tersebut berlaku tatkala penyanyi kelahiran Sabah tersebut sedang menuju ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk menjalani sesi latihan penuh konsert minggu keempat.

Penyanyi lagu ‘Hey ! Kau’ itu kemudiannya tidak sedarkan diri dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya.

Artikel asal: Astro AWANI

Semua orang sayang Sandra, semoga tenang di sana Semua orang sayang Sandra, semoga tenang di sana Reviewed by Hilal Azmi on September 11, 2020 Rating: 5

No comments