Home Top Ad

Seram Tradisi ‘Mengayau’


Pernah dengar tentang tradisi 'mengayau' atau tradisi memburu manusia untuk menyembelih, membawa pulang dan menyimpan kepala?

Ya, tradisi ngeri itu bukan sahaja wujud di dalam legenda atau cerita-cerita yang kita lihat di televisyen, namun ia pernah wujud di negara kita sendiri, iaitu di kepulauan Borneo termasuk Sabah dan Sarawak.

Tradisi ini yang wujud sekitar satu abad lalu dipraktikan oleh suku kaum Kadazan-Dusun, Iban dan Murut, di mana suku Murut di Sabah adalah antara yang terakhir untuk meninggalkan tradisi itu.

Walau tradisi itu sudah tiada, ia tidak bermaksud tengkorak mangsa yang telah diawet dan digantung di kawasan perumahan turut dilupuskan.

Malah, ada lagi keluarga yang masih menyimpan tengkorak yang diturunkan oleh generasi tok moyang mereka.

Mereka menganggap ia boleh dijadikan sebagai perlindungan kerana percaya roh yang terkorban itu mampu melindungi rumah daripada jahat dan penyakit.

Apa jenis-jenis tradisi mengayau?


Animasi paderi bersama kepala mangsa mengayau.
Foto: Wikipedia

Terdapat tiga jenis yang berbeza, pertama jika mengayau dilakukan secara berkumpulan, komuniti itu akan membawa pulang kepala itu untuk dijadikan sebagai tanda penghargaan atau sebagai trofi.

Jika mengayau berlaku apabila terjadinya satu pertembungan atau pergaduhan, keluarga si pembawa pulang kepala akan menyimpan dan menggantung tengkorak di rumah mereka sebagai tanda kegagahan.

Manakala ada juga tradisi mengayau di mana kaum lelaki wajib membawa pulang kepala sebelum berkahwin untuk membuktikan kekuatan dan keberaniannya.

Bagaimana tradisi mengayau dilakukan?

Alat yang digunakan suku kaum Murut bagi memotong kepala mangsa dipanggil ilang sakuit, sejenis parang panjang yang berasal dari Kalimantan, Indonesia.

Apabila keluar mengayau, lelaki suku kaum Murut juga akan memakai bilong, sejenis perlindungan diperbuat daripada kayu bagi melindungi lengan serta papakol, sejenis hiasan atau talisman yang dipakai di pergelangan kaki.


Kenapa tradisi mengayau sudah tiada?

Pada sekitar tahun 1800, tentera British, Sir James Brooke yang digelar Rajah Sarawak yang pertama telah memberhentikan tradisi mengayau.

Namun, tradisi itu dibawa semula semasa kedatangan Jepun pada waktu Perang Dunia Kedua, di mana tentera Jepun sebagai mangsa.

Kini, ada segelintir lelaki tua dari suku kaum berkenaan yang mempunyai tanda pada tangan mereka sebagai bukti yang mereka pernah memenggal kepala manusia.

Sumber foto: Chelms Varthoumlien


Seram Tradisi ‘Mengayau’ Seram Tradisi ‘Mengayau’ Reviewed by Hilal Azmi on September 17, 2020 Rating: 5

No comments