Home Top Ad

Thiago ke Liverpool, Gini tak ke mana-mana

 


Jika anda nampak kata kunci, Thiago, Fabinho dan Here We Go di Twitter, anda adalah peminat bola sepak, lebih tepat lagi, penyokong Liverpool.


Seperti tajuk cerita ini, Thiago Alcantara dari Bayern Munich hampir pasti, malah dilaporkan oleh banyak media akan menyertai Liverpool.


Perkara ini akan diumumkan secara rasmi selepas Thiago menjalani ujian kesihatan selepas bayaran perpindahan sekitar £27 juta dipersetujui the Reds dengan kelab gergasi Jerman, Bayern.


Lebih menarik buat penyokong the Reds, pemain tengah mereka, Gini Wijnaldum akan kekal di Anfield, bukan dijual seperti yang dikhabarkan sebelum ini.



Perlu ke Thiago, bukan Liverpool dah solid?


Selepas menjadi juara liga domestik buat kali pertama dalam tempoh 30 tahun (sebelum ini jadi juara Eropah dan Dunia sahaja Liverpool ni), the Reds perlu memperkukuhkan bahagian tengah dan pertahanan mereka. 


Pemain tengah kreatif diperlukan untuk merobek pertahanan pasukan lawan di EPL yang sudah pasti meletakkan kesemua pemain di bahagian pertahanan apabila berdepan Liverpool.



Thiago dijangka sarung jersi no.6, yang ditinggalkan oleh Dejan Lovren yang sudah ke Zenit.


Puas hati penyokong Liverpool? Puas?




Thiago ke Liverpool, Gini tak ke mana-mana  Thiago ke Liverpool, Gini tak ke mana-mana Reviewed by Hilal Azmi on September 17, 2020 Rating: 5

No comments