Home Top Ad

Tik Tok 1 Donald Trump 0 - mahkamah benarkan Tik Tok beroperasi di Amerika (buat masa ini)

 


Walaupun Donald Trump dah keluarkan arahan eksekutif untuk haramkan Tik Tok di Amerika Syarikat, mahkamah negara itu menolak arahan itu dengan alasan Tik Tok berhak mempertahankan dirinya daripada tuduhan presiden Amerika Syarikat itu.


Ini bermakna, Tik Tok boleh beroperasi buat sementara di Amerika, walaupun kerajaan negara itu telah mengarahkan App Store menghentikan kemas kini dan pengedaran aplikasi itu awal bulan ini.


BACA: FAKTA MENARIK TIK TOK

BACA: PENGGANTI TIK TOK DI AMERIKA


Trump mengeluarkan arahan itu pada Ogos bulan ini atas dakwaan data peribadi rakyat negara itu mungkin terdedah kepada kerajaan China.


Tik Tok ternyata gembira dengan keputusan yang dibuat hakim kerana memberi peluang untuk mereka mempertahankan diri mereka.


Menurut kenyataan yang dikeluarkan mahkamah Amerika, keputusan mengharamkan Tik Tok dibuat secara sebelah pihak sahaja tanpa memberikan peluang kepada tertuduh untuk membela diri.


BACA: TIK TOK AMERIKA VS CHINA

BACA: TIK TOK KENA HARAM DI INDIA


Oleh itu, Trump mahu Tik Tok diharamkan jika tidak dijual kepada syarikat milik Amerika Syarikat, di mana Oracle dan Walmart bersetuju untuk membeli 20% saham Tik Tok yang dimiliki syarikat China, ByteDance.


Ini bermakna ibu pejabat global Tik Tok akan dipindah kuasa penuhnya di Amerika, bukan lagi di China.


BACA: TIK TOK VS YOUTUBE SHORTS




Tik Tok 1 Donald Trump 0 - mahkamah benarkan Tik Tok beroperasi di Amerika (buat masa ini) Tik Tok 1 Donald Trump 0 - mahkamah benarkan Tik Tok beroperasi di Amerika (buat masa ini) Reviewed by Hilal Azmi on September 28, 2020 Rating: 5

No comments