Home Top Ad

3 sebab penunjuk perasaan Thailand dapat perhatian dunia


Beribu-ribu penunjuk perasaan di Bangkok, Thailand bukan sahaja mendapat perhatian kerajaan Thailand, namun satu dunia kini memerhati mereka.


Diketuai oleh 'The People', majoriti penunjuk perasaan yang terdiri daripada golongan belia menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri, menggesa pembubaran parlimen, pemindaan perlembagaan dan reformasi institusi monarki, lapor Astro AWANI.


Apa yang membuat mereka berada di bawah spotlight sekarang bukan semata-mata kerana jumlah penunjuk perasaan yang besar atau mengadakan protes di tengah-tengah pandemik, tetapi kerana kreativiti mereka.


Ini tiga sebab penunjuk perasaan Thailand mendapat perhatian dunia.


1. Guna unsur kartun ketika protes


A demonstrator holds a stuffed Hamtaro toy  during a protest demanding the resignation of Thai Prime Minister Prayuth Chan-o-cha in Bangkok last month. | REUTERS
Foto: REUTERS


Penunjuk perasaan pro-demokrasi di Bangkok yang kebanyakan terdiri daripada pelajar universiti dan sekolah menengah, memilih untuk menggunakan tema kartun dan filem popular kepada budaya Thai, seperti Hamtaro agar mendapat perhatian dan sokongan lebih ramai anak muda.


Oleh kerana kartun The Hamtaro disiarkan di kaca televisyen setiap pagi, ia lebih mudah untuk mereka memahami dan mengaitkan diri mereka dengan protes tersebut.


Selain itu, mereka turut pernah menggunakan tema filem Harry Potter untuk berprotes. Oleh kerana undang-undang negara itu yang tidak melarang institusi monarki dikutuk, mereka terpaksa menggunakan kreativiti dengan menggunakan karekter antagonis dalam filem itu, Lord Voldemort.


Gambar Voldemort diletakkan dalam bingkai emas untuk merujuk kepada "He Who Cannot Be Named" bagi menggantikan... 


(Faham-faham jelah...)


Youth protesters in Thailand are using popular culture references in their fight against what they see as the authoritarianism rulers of the country.
Foto: AFP


2. Guna kod untuk komunikasi


Foto: AP/Gemunu Amarasinghe


Ketika mengadakan protes menentang kerajaan, sudah tentu pihak polis akan berusaha untuk meredakan situasi dan menghalau penunjuk perasaan untuk tidak berkumpul.


Oleh itu, anak muda Thailand menggunakan kod khas yang membolehkan mereka berkomunikasi dengan mudah.


Antara kod yang mereka pakai berbunyi seperti, "Kari Pedas, cepat! Kopi sudah datang,", "CIA di tapak protes!" serta menggunakan perkataan seperti "Ocha" dan "O-liang" untuk merujuk kepada polis atau jika polis sudah dikerahkan di kawasan tertentu.


3. Kumpul dana melalui peminat kumpulan K-pop, BTS


BTS for LG Electronics in 2018 Clockwise, from left: V, J-Hope, RM, Jin, Jimin, Jungkook, and Suga
Foto: Wikipedia

Thailand mempunyai jumlah pengikut kumpulan BTS yang terbesar di dunia.

Peminat setia BTS Thailand sanggup melakukan apa sahaja demi kumpulan kesayangan mereka itu, termasuk menempah ruang iklan di tempat awam untuk meraikan hari kelahiran ahli kumpulan BTS.

Di ambang protes menentang kerajaan, ramai peminat K-pop yang juga golongan anak muda menyatakan sokongan terhadap protes itu dan mengumpul dana demi perjuangan itu.

Setakat 19 Oktober 2020, fans BTS di Thailand berjaya mengumpul dana sebanyak 3 juta Baht (RM398,000) melalui platform media sosial.

Hebat bukan? Walaupun budaya protes di Thailand bukan sesuatu yang baharu, namun protes pro-demokrasi kali ini menuntut satu yang tidak pernah berlaku pada zaman ini, iaitu menuntut reformasi monarki negara itu.

Ia juga dianggap penentangan terhadap kerajaan junta yang terbesar, selepas protes anti kerajaan pada tahun 2014.


3 sebab penunjuk perasaan Thailand dapat perhatian dunia 3 sebab penunjuk perasaan Thailand dapat perhatian dunia Reviewed by Hilal Azmi on October 21, 2020 Rating: 5

No comments