Home Top Ad

4 orang Malaysia dalam senarai merah INTERPOL



Menurut data Polis Antarabangsa (INTERPOL) setakat 15 Oktober 2020, terdapat empat orang penjenayah warganegara Malaysia tersenarai sebagai 'orang yang dikehendaki'.

BACA: KENAPA JHO LOW TAK ADA DALAM SENARAI MERAH INTERPOL INI?

Siapakah empat individu tersebut?



Sirul Azhar Umar merupakan bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dikehendaki pihak berkuasa Malaysia bagi kes mahmakah berhubung pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. 

Sirul bersama seorang lagi anggota UTK, Azilah Hadri, didapati bersalah membunuh Altantuya dengan kejam pada 18 Oktober 2006.


Loo Soon Aik dikehendaki polis Singapura kerana didakwa terlibat dengan pembunuhan seorang lelaki warga Indonesia, Suhardi Tan yang bekerja sebagai pengiriman syarikat pengurup wang pada tahun 2012.

Suhardi ditikam di dada beberapa kali dan ditemui mati di tangga Raffles Place, Singapura.


Tan Lok Seng dari Pulau Pinang dikehendaki pihak polis Hong Kong kerana dituduh menyeleweng dana sebanyak RM92.2 juta.

Tan dipercayai melakukan penyelewengan itu bersama pembantu, Grace Seow Yan Low, juga dari Pulau Pinang bersama seorang pengurus bank Standard Chartered di Hong Kong, Zhang Cai Xing.


Kueh Koh Ing merupakan seorang ejen insurans, yang dikehendaki polis kerana tertuduh terlibat dengan tiga kes penipuan skim insurans berjumlah RM10,000.


Kes melibatkan penipuan terhadap Tan Chen Yiong, yang disuruh mendepositkan jumlah itu untuk sertai skim insurans Tokio Marine yang tidak wujud.


Anda boleh melihat butir-butir serta gambar penjenayah tersebut sendiri di laman sesawang INTERPOL di sini.


Apa itu INTERPOL?

194 member countries connected through a secure network
Foto: INTERPOL


INTERPOL merupakan organisasi perhubungan antarabangsa yang ditubuhkan untuk menjalin kerjasama di antara polis di seluruh dunia dalam membanteras jenayah.


Badan bukan politik itu mempunyai keahlian 194 buah negara, termasuk Malaysia dan tertumpu kepada keselamatan orang awam, keganasan, jenayah kemanusiaan, genosid, korupsi dan sebagainya.


Macam mana nak lihat senarai orang dikehendaki INTERPOL?


INTERPOL melabelkan individu yang dikehendaki organisasi itu menggunakan kod notis berwarna. 


'Notis Merah' adalah kod bagi orang yang dikehendaki sesebuah negara untuk pendakwaan atau untuk menjalani hukuman berdasarkan waran tangkap atau keputusan mahkamah.


Jika ingin tahu siapa yang dikehendaki di negara anda, pergi ke laman sesawang INTERPOL kemudian lihat di bahagian atas sebelah kanan dan tekan Wanted persons atau orang dikehendaki.


Anda boleh mempunyai pilihan untuk mengisi butiran penjenayah seperti nama, umur, jantina dan sebagainya (jika tahu), atau hanya meletakkan kewarganegaraan atau negara di mana orang itu dikehendaki.


Jika anda ingin melaporkan kepada INTERPOL, anda boleh membuat demikian di  Urusetia INTERPOL di sini.


Sumber: INTERPOL



4 orang Malaysia dalam senarai merah INTERPOL 4 orang Malaysia dalam senarai merah INTERPOL Reviewed by Hilal Azmi on October 15, 2020 Rating: 5

No comments