Home Top Ad

5 tip untuk kurangkan sakit otot selepas bersenam


Tidak kira anda seorang atlet, pengamal kecergasan (fitness enthusiast), atau seorang yang baru menceburi kehidupan cergas, anda pasti pernah melalui sakit-sakit otot selepas bersenam.


Rasa tegang, sakit dan lemah di mana-mana bahagian otot badan 24 hingga 48 jam selepas bersenam itu dipanggil Delayed Onset Muscle Soreness (DOMS). 


Perkara itu berlaku apabila terdapat kecederaan kecil di bahagian gentian otot selepas melakukan aktiviti senaman baharu atau senaman yang keterlaluan.


DOMS adalah perkara biasa, malah ia adalah petunjuk bahawa badan anda sedang membina otot-otot baharu. 


Bagaimanapun, ada cara untuk mengurangkan rasa kurang selesa semasa melalui DOMS.


Ini antara lima perkara yang boleh diamalkan untuk mengurangkan rasa sakit selepas senaman.


BACA: Makanan terbaik untuk 'recover' selepas bersenam


1. Makan cendawan



Menurut kajian Institusi Kesihatan Kebangsaan (NIH) di Amerika Syarikat, cendawan memiliki bahan anti-radang yang mampu mengurangkan punca keradangan, termasuk sakit otot. 


2. Minum air ceri



Ada kajian yang membuktikan buah cherry tart mampu mengurangkan sakit pada otot bagi pelari jarak jauh yang meminum jus itu lapan kali seminggu. 


Pati yang dipenuhi dengan bahan anti oksida itu turut mempunyai kandungan bahan anti-radang.


Bagaimanapun ia juga mempunya kandungan gula yang tinggi, jadi jangan minum terlalu banyak.


3. Letak pek sejuk, kemudian pek panas



Kajian menjelaskan kombinasi pek sejuk dan pek panas adalah yang terbaik dalam melegakan ketegangan otot selepas bersenam. 


Meletakkan pek sejuk selama 20 minit akan bantu mengurangkan keradangan, ketegangan dan kesakitan pada otot, manakala pek panas pula mampu meningkatkan pengaliran darah.


4. Guna bola tenis 



Selain digunakan untuk main tenis, ia juga boleh digunakan untuk mengurut bahagian otot yang sakit selepas senaman.

Bola tenis, botol air atau apa-apa yang keras yang boleh  bergolek, dapat digunakan untuk mengurut sendiri bahagian otot yang sakit.

Ia terbukti dapat mengurangkan bengkak pada otot dan mempercepatkan pemulihan otot yang cedera.

5. Tidur



Tidur bukan untuk pulih dari kesakitan pada otot atau DOMS, tapi ia kurang waktu tidur terbukti meningkatkan keradangan pada otot.

DOMS yang menyebabkan rasa sakit pada otot mampu dikurangkan dengan mendapat jumlah tidur yang cukup.

Selain 5 perkara ini, anda juga perlu mengetahui cara-cara active cooldown selepas senaman, berjumpa ahli fisio dan memakai pakaian compression otot untuk mengurangkan kesakitan selepas senaman. 

Ya, ada fungsi compression wear tu, bukan pakai sebab nampak cool saja.

Sumber foto: Cathy Pham/UNSPLASH




5 tip untuk kurangkan sakit otot selepas bersenam 5 tip untuk kurangkan sakit otot selepas bersenam Reviewed by Hilal Azmi on October 26, 2020 Rating: 5

No comments