Home Top Ad

5 Ular Paling Besar di Dunia


Ular merupakan haiwan reptilia yang tidak berkaki yang hidup di setiap benua kecuali Antartika. Jadi bagi yang fobia dengan haiwan anda boleh la berhijrah ke sana. 


Ini merupakan spesis ular yang masih wujud paling besar di dunia.


5. Ular Sawa India


By Dr. Kunal Ankola - Own work, CC BY-SA 4.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=49640109
Foto: Dr. Kunal Ankola - Own work, CC BY-SA 4.0



Panjang 3 meter - 4.6 meter dan berat sehingga 52 kilogram. Hanya terdapat di hutan Nepal, Sri Lanka, Pakistan dan India. Makanannya seperti tikus dan burung.


4. Ular Sawa Batu Afrika


Foto: Graham J. Alexander, University of the Witwatersrand 


Panjang boleh cecah 3-4.8 meter.


Spesis ular sawa ini dikatakan yang paling bengis dan tidak boleh dijinakkan. Ia mula mempertahankan diri sejurus telurnya menetas lagi. Setakat ini ada dua laporan rasmi kematian akibat diserang ular ini.


3. Ular Sawa Burma 


Foto: U.S. Fish and Wildlife Service Headquarters / Public domain


Panjang 1.8-5.4 meter.


Ramai orang suka bela spesis ni kerana kecantikan kulitnya. Namanya pun Burma jadi ia terdapat di Asia Tenggara. Tak pernah lagi dengar dia telan manusia, sebaliknya suka makan arnab, tikus, pelanduk dan khinzir.


2. Ular Sawa Batik 


Foto: Kyle Zimmerman - Own work, CC BY-SA 4.0


Purata panjang ular sawa batik adalah 3-6 meter, namun ada yang mendakwa pernah jumpa sepanjang 10 meter.


Sawa batik ini merupakan spesis sawa paling panjang di dunia yang terdapat di Asia Tenggara, Kepulauan Nicobar. Mangsa sawa batik adalah monyet, tikus dan khinzir.


1. Anaconda Hijau


https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=33121956
Foto: Fernando Flores - Own work, CC BY-SA 3.0


Ada laporan pernah jumpa ular ini sepanjang 11-18 meter namun tidak ada rekod rasmi kerana susah nak menangkap ular ini di habitatnya di hutan Amazon. Secara rasmi anaconda hijau paling besar terdapat di zoo Pittsburg, sepanjang 6.27 meter. 

Tapi jangan risau sebab dia tak makan orang seperti yang ditayangkan di filem. Anaconda ini makan buaya, kura-kura dan pelanduk. Biasanya anaconda hijau betina lebih besar daripada jantan.


Cover photo: Jan Kopriva @ Unsplash




5 Ular Paling Besar di Dunia  5 Ular Paling Besar di Dunia Reviewed by Hilal Azmi on October 15, 2020 Rating: 5

No comments