Home Top Ad

Amalkan ambil 4 jenis vitamin ini untuk tajamkan penglihatan


Dari mata turun ke hati. Tapi kalau mata dah tak nampak, apa yang nak turun ke hatinya?

Mata kita memerlukan imbangan vitamin yang baik supaya penglihatan kekal berada dalam keadaan yang baik. Lebih-lebih lagi zaman sekarang yang banyak masa diluangkan menghadap skrin, kesihatan mata perlu dijaga dengan lebih teliti.

Kalau kurang zat, mata boleh rosak. Yang rabun makin rabun, dan lama-lama boleh jadi buta. Jadi penting untuk mengamalkan pemakanan sihat yang sarat dengan sayuran dan buahan untuk membekalkan vitamin yang diperlukan mata dan bahagian tubuh lain.

Ini kami senaraikan empat (4) jenis vitamin yang perlu diberi perhatian dan pengambilan lebih, khususnya buat mereka yang ada masalah mata.


1. Vitamin A

Benar lobak itu baik untuk mata, kerana ia tinggi kandungan vitamin A. Vitamin ini penting untuk bahagian depan mata dipanggil kornea, dan belakang mata dipanggil retina. Kekurangan menyebabkan kornea dan retina jadi lemah, menyebabkan kita sukar melihat dalam pencahayaan malap.

Selain lobak, makanan lain yang tinggi vitamin A adalah kentang manis, labu, keju dan telur. Perasan tak semua makanan ini berwarna kuning atau jingga?




2. Vitamin-vitamin B

Rangkaian vitamin B seperti B6, B12 dan asid folik dapat mencegah 'age-related macular degeneration (AMD), keadaan di mana retina merosot dan menyebabkan pandangan jadi kabur. Ini kerana vitamin B mengurangkan kandungan homocysteine dalam darah, sejenis asid yang memberi kesan kepada arteri di retina mata kita.

Kekurangan vitamin B juga boleh mendorong masalah saraf optik, tisu yang bertanggungjawab membawa imej dari mata ke otak.

Ini makanan yang mengandungi banyak vitamin B6, yang paling penting: Kacang tanah, ayam, kacang soya, oat, bayam dan oren.




3. Vitamin C

Selaput di kanta mata yang dipanggil katarak takkan terjadi sekiranya kita cukup vitamin C. Vitamin ini bertindak sebagai antioksidan yang melindungi mata daripada ejen bebas yang menyebabkan pembentukan katarak.

Pengambilan vitamin C yang cukup juga dapat mencegah AMD dengan memperkuatkan salur darah di mata kita yang menyokong retina.

Makan ini untuk bekalan vitamin C yang diperlukan: Lada benggala, strawberi, oren, brokoli dan bayam.




4. Vitamin E

Bersama vitamin C, vitamin E juga berperanan sebagai antioksidan dalam badan kita. Jadi, ia bagus untuk mencegah AMD dan katarak lebih-lebih lagi apabila kita meningkat usia. 

Makanan-makanan ini adalah sumber vitamin E yang tinggi: Kacang almond, minyak bunga matahari, avokado, lada benggala merah dan ikan trout. 



Kalau rasa malas atau leceh untuk dapatkan atau makan makanan-makanan yang disebutkan di atas, beli sahaja pil suplimen. Janji apa yang diperlukan cukup, kalau nak mata kekal sihat lah. 

Saya pun nak cuba mula amalkan, mudah-mudahan beroleh manfaat. 


*Sumber: Insider



Amalkan ambil 4 jenis vitamin ini untuk tajamkan penglihatan Amalkan ambil 4 jenis vitamin ini untuk tajamkan penglihatan Reviewed by Hilal Azmi on October 20, 2020 Rating: 5

No comments