Home Top Ad

Anak anjing Hulk dilahirkan di Itali


Kenapa kami letak title anak anjing Hulk? Hah, ini ceritanya.

Bagi yang tak buta warna, anda boleh nampak ada seekor anak anjing berwarna hijau daripada lima ekor dalam gambar di atas.

Anak anjing yang dilahirkan 9 Oktober lalu di Sardinia, Itali itu dinamakan Pistachio.

Anjing tersebut merupakan pemilik ladang, Cristian Mallocci yang amat terkejut apabila anjingnya, Spelaccia melahirkan empat ekor anak anjing berbulu putih sama seperti ibunya dan seekor jantan berwarna hijau.

Mallocci menganggap si anak anjing berwarna hijau itu sebagai tuah kerana warna hijau sering disamakan tuah dalam kebanyakan budaya negara Barat. 

Orang Itali khususnya menganggap warna hijau yang turut ada pada bendera negara sebagai simbol harapan.

Pistacchio was born with green fur, while his four siblings are white like their mother.
Foto: Cristian Mallocci/REUTERS

Setelah mendapat penjelasan daripada veterinar anjing, Mallocci memberitahu Reuters bahawa kondisi anjing dilahirkan dengan bulu warna selain putih, hitam atau coklat adalah satu yang jarang berlaku.

Sebelum ini, seekor anjing baka German Shepherd dilahirkan di Amerika Syarikat Januari lepas dengan bulu hijau terang yang dinamakan Hulk, manakala seekor lagi Golden Retriever pernah dilahirkan dengan warna hijau gelap di Scotland pada 2017.

Foto: REUTERS

Bagaimana perkara ini boleh berlaku?

Menurut Reuters, anak anjing itu terdedah kepada pigmen berwarna hijau yang dinamakan biliverdin semasa dalam kandungan ibu mereka.

Dalam tempoh kehamilan, biliverdin bercampur dengan air ketuban daripada plasenta, menyebabkan anak anjing yang berbulu putih bertukar menjadi warna hijau.

Walaupun Pistachio dilahirkan "rare", warna hijau itu tidak akan kekal dan akan pudar apabila ia meningkat dewasa.

Sumber foto dan berita: Reuters 


Anak anjing Hulk dilahirkan di Itali Anak anjing Hulk dilahirkan di Itali Reviewed by Hilal Azmi on October 26, 2020 Rating: 5

No comments