Home Top Ad

Anak ikan jerung albino mata satu atau cyclops?



Nelayan di Indonesia tergamam apabila menemui seekor anak ikan jerung berwarna putih dan bermata satu.


Anak ikan jerung aneh itu ditemui di dalam perut ibunya yang mati akibat terperangkap dalam jaring yang digunakan nelayan untuk tangkap ikan ketika berada di perairan Maluku.


Menurut beberapa laporan agensi berita antarabangsa, apabila nelayan membuka perut ibu jerung itu untuk mengeluarkan usus, mereka menemui tiga ekor anak jerung di mana seekor tidak normal.


Foto: ViralPress

Ikan kecil yang pembentukan tubuhnya sudah sempurna, hanya mempunyai satu mata di tengha-tengah kepala sementara badannya berwarna putih seperti susu, mungkin disebabkan kondisi albino.

Albino merupakan kondisi di mana terdapat kekurangan pigmen melanin, iaitu pigmen yang memberi warna kepada kulit, mata dan rambut. Albino boleh terjadi kepada manusia, mamalia, reptilia, amfibia, ikan dan burung.

Sebab ia mempunyai mata satu pula disebabkan menghidap sindrom Cyclopia, kecacatan yang terjadi semasa pembentukan embrio yang menyebabkan hanya satu mata terbentuk.

Malangnya, kesemua anak ikan itu sudah mati semasa ditemui, termasuk si mata satu.

Foto: ViralPress

Nelayan terbabit melaporkan penemuan kepada marin tempatan sebelum menyerahkan anak ikan jerung aneh itu.

Ini bukan kali pertama jerung mata satu ditemui kerana ia pernah dijumpai di pantai Mexico, oleh seorang nelayan Amerika Syarikat pada 2011. 

Sumber foto: ViralPress

Anak ikan jerung albino mata satu atau cyclops? Anak ikan jerung albino mata satu atau cyclops? Reviewed by Hilal Azmi on October 22, 2020 Rating: 5

No comments