Home Top Ad

Anda pasti bangga tengok Raya and the Last Dragon


Filem animasi Disney terbaharu, Raya and The Last Dragon membuat orang Asia Tenggara bangga dan tidak sabar untuk menonton filem itu.


Trailer pertama Raya and the Last Dragon menunjukkan betapa banyaknya unsur-unsur budaya negara Asia Tenggara, termasuk budaya Malaysia yang digunakan untuk konsep filem tersebut.


Ini beberapa sebab kenapa anda harus bangga tengok filem ini.


1. Penulis adalah orang Malaysia


Seorang daripada dua penulis skrip filem animasi aksi fantasi itu merupakan orang Malaysia, Adele Lim.


Adele, anak kelahiran Malaysia merupakan penerbit dan penulis filem Amerika Syarikat (AS), di mana beliau pernah menulis skrip bagi filem komedi cinta, Crazy Rich Asians.


Seorang lagi penulis skrip Raya and the Last Dragon pula merupakan penulis drama AS berbangsa Vietnam, Qui Nguyen.


2. Kumpulan animasi lawat Asia Tenggara untuk dapat inspirasi


Lokasi bagi filem animasi itu yang dikenali sebagai Kumandra hanya sekadar rekaan, namun sebelum menghasilkan filem, kumpulan animasi telah mengembara ke beberapa negara Asia Tenggara untuk mendapatkan inspirasi.


Antara negara yang mereka melawat untuk membuat kajian termasuk Malaysia, Vietnam, Laos, Cambodia, Thailand dan Indonesia.




3. Pakaian Raya menggabungkan gaya Asia Tenggara


Raya, watak utama adalah pejuang perempuan berkulit sawa matang dan sering dilihat memakai pakaian yang mencerminkan pelbagai budaya di rantau ini.


Dalam trailer filem itu, Raya dilihat memakai topi jerami atau Non La dalam bahasa Vietnam untuk mencerminkan budaya itu. 


Raya turut dilihat mengenakan busana yang mencerminkan budaya Malaysia dan Indonesia apabila memakai seluar dengan corak batik.


Selain itu, alat mempertahankan diri yang digunakan Raya adalah keris dan parang, popular digunakan di kepulauan Melayu.


Banyak lagi unsur-unsur Asia Tenggara yang lain yang kami ingin kongsikan, namun baik anda tonton sendiri trailernya dulu. 


Raya and the Last Dragon yang akan mula ditanyangkan di pawagam pada 12 March 2021.



Anda pasti bangga tengok Raya and the Last Dragon Anda pasti bangga tengok Raya and the Last Dragon Reviewed by Hilal Azmi on October 23, 2020 Rating: 5

No comments