Home Top Ad

Anwar boleh main bola, walaupun ada masalah jantung

 


Masalah jantung ni ada pelbagai, salah satunya adalah apical hypercardio myopathy (HCM), dan masalah ini dihadapi oleh seorang pemain bola sepak profesional di India, Anwar Ali, yang baru berusia 20 tahun.


Akibatnya, jawatankuasa perubatan Persekutuan Bola Sepak India (AIFF) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), mencapai keputusan bahawa Anwar tak boleh bermain bola sepak di peringkat kompetitif lagi.


Bagaimanapun, Anwar mencabar keputusan itu, yang turut mendapat sokongan pakar-pakar yang ternama, termasuk dari Eropah.


Menurut Profesor Dr Sanjay Sharma dari Persatuan Bola Sepak England, Anwar harus diberi peluang untuk bermain dan menerima risiko serius yang bakal dia hadapi jika terus bermain, malah satu penilaian harus dilakukan sekali lagi dalam tempoh enam bulan.


Dr Sanjay memberi pandangan semasa perbicaraan kes Anwar, bersama dengan 26 ahli European Society of Cardiology (ESC), yang tidak bersetuju dengan tindakan AIFF dan AFC.


Anwar Ali (Foto: I-League Media via goal.com)


Dr Sanjay yang terlibat dalam menilai pemain-pemain Premier League hadir ke perbicaraan dari London, memberitahu lebih daripada 100 pemain bola sepak di liga utama Eropah mengalami masalah yang sama atau lebih teruk daripada Anwar, namun mereka terus bermain.


Masalah yang dihadapi Anwar tak sepatutnya dijadikan alasan untuknya berhenti bermain bola sepak.


Malah ada pakar kardiologi berpendapat risiko yang dihadapi Anwar adalah rendah kerana sejarah menunjukkan dia tidak mempunyai ahli keluarga yang mati mengejut akibat sejarah hypertrophic cardiomyopathy.


Jawatankuasa perubatan AIFF perlukan masa untuk mengkaji semula dapatan daripada laporan terbaharu yang dibentang dalam perbicaraan itu.


Foto cover: Dan Gold @ Unsplash


Anwar boleh main bola, walaupun ada masalah jantung Anwar boleh main bola, walaupun ada masalah jantung Reviewed by Hilal Azmi on October 12, 2020 Rating: 5

No comments