Home Top Ad

Apa kecoh pasal Hutan Simpan Kuala Langat?



29 September lalu, kerajaan Selangor telah mengadakan satu sesi pendengaran awam atau town hall bagi mengumpul pendapat pelbagai pihak tentang cadangan pemansuhan kawasan Hutan Simpan Kuala Langat Utara.


Rata-rata pihak tidak setuju dengan cadangan itu, termasuk badan bukan kerajaan (NGO), agensi-agensi, syarikat persendirian, segelintir ahli politik dan yang paling utama, Orang Asli yang telah menetap di kawasan itu selama beberapa generasi.


Antara sebab mereka tidak setuju dengan cadangan untuk nyahwarta sekitar 1,971 hektar (2,400 ekar) hutan simpan di Mukim Tanjung Dua Belas, Kuala Langat itu adalah kerana ia memiliki kepentingan pemulihan flora dan fauna seperti beruang matahari, tupai terbang kecil, ikan kelah merah dan pokok meranti.


Apa maksud untuk nyahwarta hutan?


Bagi memahami maksud nyahwarta hutan, harus anda fahami dahulu maksud Hutan Simpan Kekal (HSK). Menurut portal Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KETSA), HSK adalah tanah yang diwartakan supaya statusnya dijadikan hutan simpan kekal untuk tujuan perhutanan di bawah seksyen 7, 8 dan 9 Akta Perhutanan Negara 1984.


Terdapat beberapa klasifikasi bagi HSK menurut tujuan tertentu, antaranya adalah bagi tujuan pengeluaran, perlindungan, pendidikan, ekopelancongan, dan lain-lain. 


Diagram menunjuk tujuan-tujuan bagi jenis-jenis HSK menurut Akta Perhutanan Negara.


Foto: Akta Perhutanan Negara


Maksud untuk nyahwarta HSK ialah untuk melakukan pemansuhan pewartaan dan mengubah status hutan simpan itu bagi tujuan pembangunan.


Kenapa mereka ingin mansuhkan status hutan simpan tersebut?


Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari mendakwa bahawa sebahagian besar Hutan Simpan Kuala Langat Utara sudah tiada status hutan dara yang disebabkan kebakaran dan pencerobohan, lapor Harian Metro.


Bukan itu sahaja, tetapi beliau juga percaya bahawa lokasi tanah itu sesuai untuk dibangunkan dan secara kebetulan terletak di jajaran Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).


Bagaimanapun, beliau bercadang untuk mendapat maklum balas semua golongan yang terlibat termasuk orang awam dan Orang Asli dahulu.


Pelik, kerana kerajaan Selangor telah mengumumkan sesi pendengaran itu secara last minute, selain diadakan di Pulau Carey, 55 kilometer jauh dari Hutan Simpan Kuala Langat Utara.


(Susah untuk dihadiri golongan Orang Asli yang terlibat...)



Foto: Eutah Mizushima



Apa kecoh pasal Hutan Simpan Kuala Langat? Apa kecoh pasal Hutan Simpan Kuala Langat? Reviewed by Hilal Azmi on October 01, 2020 Rating: 5

No comments