Home Top Ad

Apa KKM nak dengan bekas pesakit COVID-19?


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengalu-alukan mereka yang pernah dijangkiti COVID-19 dan telah pulih daripada virus tersebut untuk tampil kehadapan dan membantu dalam satu kajian.


Kajian oleh penyelidik Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) akan dijalankan bagi mempelajari kesan imuniti sebagai tindak balas antibodi yang dihasilkan individu yang telah pulih daripada COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Twitter.



Macam mana darah bekas pesakit boleh bantu kajian KKM?


Pada Mac 2020, Pusat Penyelidikan Vaksin di Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) menjemput pesakit COVID-19 yang telah pulih untuk menderma darah mereka.


Saintis ingin mengkaji sampel darah berkenaan untuk mengetahui jika dan bagaimana bekas pesakit menghasilkan antibodi untuk melawan virus SARS-CoV-2, serta berapa lama kandungan antibodi itu boleh bertahan dalam sistem imun selepas sudah pulih daripada jangkitan.


Kajian itu mampu membuktikan seseorang yang telah pulih daripada COVID-19 tidak boleh dijangkiti semula.


Pada April 2020 pula, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menerima cadangan beberapa kerajaan, termasuk kerajaan China untuk diberikan "pasport imuniti" kepada mereka yang telah pulih COVID-19 agar boleh digunakan sebagai tiket pelepasan untuk merentas negeri dan bekerja.


Kini, KKM pula ingin mengkaji perkara yang sama, iaitu untuk mengetahui paras antibodi neutralisasi (imuniti) dalam darah yang boleh menghalang virus daripada menjangkiti pesakit yang pernah dijangkiti.


Masih tiada kajian yang boleh membuktikan hipotesis itu, dan tidak semestinya seseorang yang telah pulih daripada jangkitan koronavirus mempunyai antibodi cukup untuk melindungi mereka daripada dijangkiti sekali lagi.


Jadi, anda atau ahli keluarga yang pernah menjadi mangsa COVID-19 namun telah pulih, anda berpeluang untuk melibatkan diri dalam kajian untuk membantu membuktikan hipotesis tersebut, sekali gus menyelamatkan nyawa lebih ramai orang daripada virus pembunuh di masa akan datang.

Apa KKM nak dengan bekas pesakit COVID-19? Apa KKM nak dengan bekas pesakit COVID-19? Reviewed by Hilal Azmi on October 14, 2020 Rating: 5

No comments