Home Top Ad

Beastie Boys benci teruk dekat Trump


Kalau Beastie Boys dah benarkan lagu mereka untuk dimainkan dalam sebuah iklan, ini bermakna, mereka memang dah benci teruk dengan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.


Band rock, hip hop Amerika Syarikat itu tidak pernah memberikan kebenaran kepada mana-mana pihak untuk menggunakan lagu mereka untuk tujuan pengiklanan.


Tapi demi Amerika yang lebih baik, mereka membenarkan lagu Sabotage dimainkan dalam iklan kempen Pilihan Raya Presiden, Joe Biden.


Kenapa Beastie Boys melakukannya? 



Industri live music di Amerika Syarikat semakin parah akibat pandemik COVID-19, tetapi Trump dilihat tidak mempunyai idea terbaik untuk mengekang penularan COVID-19 di negara itu, menyebabkan banyak venue terpaksa ditutup.


Sebuah tinjaun menjangkakan 90% venue hiburan dan kelab akan gulung tikar akibat COVID-19.


Bukan saja tempat live band, malah teater, kelab hiburan juga mengalami nasib yang teruk dan ramai kehilangan pekerjaan.


Lagu ‘Sabotage’ dikeluarkan pada 1994 dan popular pada era-90an dipilih untuk kempen Biden dalam iklan yang menceritakan nasib venue muzik di bawah pentadbiran Trump.


Benci teruk dah ni. Bagaimanapun kita kena lihat siapa pilihan Amerika 3 November ini.




Beastie Boys benci teruk dekat Trump Beastie Boys benci teruk dekat Trump Reviewed by Hilal Azmi on October 20, 2020 Rating: 5

No comments