Home Top Ad

Big Stage : Saya ada kaki sendiri, tak perlu menumpang - Fadh Majid


Lumrah menjadi anak seni, setiap gerak geri pasti menjadi perhatikan oleh netizen.

Lebih-lebih lagi apabila ada ahli keluarga sendiri lebih awal mencipta nama dalam industri.

Percaya dan yakin pada bakat yang dikurniakan kepadanya, peserta Big Stage, Fadh Majid menegaskan bahawa dia tidak perlu menumpang nama sesiapa untuk membina nama dalam industri.

"Bagi saya mulut orang kita tak boleh nak tutup, lagi pun saya ada kaki (bakat) sendiri dan tak perlu nak menumpang sesiapa," katanya dalam program Garis Masa edisi Big Stage.

Fadh Majid yang merupakan adik kepada penyanyi dan penyampai radio, Raqib Majid menjawab dakwaan netizen yang mengatakan bahawa dia berada dalam industri hanya dengan menumpang nama abangnya.

Pada masa sama, Fadh Majid atau nama sebenarnya Muhd Fadhlullah Abd Majid, 27 tahun, sangat bersyukur apabila cubaan pertamanya dalam pentas Big Stage membuahkan hasil apabila berjaya ke pentas akhir.

Menurut anak jati Melaka yang popular dengan lagu Bukan Takdirku, pentas Big Stage merupakan satu platform yang terbaik buatnya sebagai penyanyi yang baru ingin mengorak langkah dalam industri seni suara.

Fadh juga menyatakan bahawa selepas ini dia akan memberi fokus kepada karier seninya dan mungkin akan menghasilkan lagu bersama abangnya.


Big Stage : Saya ada kaki sendiri, tak perlu menumpang - Fadh Majid  Big Stage : Saya ada kaki sendiri, tak perlu menumpang - Fadh Majid Reviewed by Hilal Azmi on October 11, 2020 Rating: 5

No comments