Home Top Ad

Big Stage : Tak kecewa tersingkir, Farisha Iris nak cuba bawa genre dangdut

 

Bukan mudah untuk melalui minggu demi minggu dalam program hiburan Big Stage yang mempunyai pelbagai cabaran.

Lebih-lebih lagi menjadi wakil tunggal peserta wanita yang berjaya melangkah ke minggu separuh akhir.

Namun bagi peserta Big Stage, Farisha Iris, dia sangat bersyukur kerana dapat melangkah ke minggu separuh akhir, meskipun berjumpa dengan titik noktah dalam pertandingan tersebut. 


"Saya tiada rasa kecewa dan sedih malah saya rasa bangga dengan diri sendiri sebab berjaya melangkah ke minggu separuh akhir."

"Kalau ikutkan setiap minggu saya rasa yang saya akan tersingkir kerana saya kena bersaing dengan penyanyi yang sangat hebat dalam pertandingan tersebut." kata Farisha.

Bagi Farisha, yang juga bekas peserta Ceria Popstar, Big Stage merupakan satu platform yang baik buat semua peserta yang menyertainya bagi melebarkan sayap dan juga menonjolkan bakat mereka kepada masyarakat.

Pada masa sama, pelajar jurusan Ijazah Perhubungan Awam di Universiti Teknologi MARA (UiTM) ini juga menjawab mengenai perancangan menghasilkan lagu baharu.

Namun, menurut penyanyi yang popular dengan lagu Tak Malu itu, buat masa ini dia dan pihak pengurusannya masih lagi membincangkan genre yang sesuai untuk dirinya disamping menghabiskan pengajiannya.

"Saya akan keluarkan lagu baharu tapi buat masa ini semua dalam perbincangan dengan pihak pengurusan kalau boleh saya nak lagu itu senang untuk orang dengar dan juga boleh nyanyi bersama."

"Saya rasa saya minat dangdut, kalau dulu mungkin saya suka lagu-lagu balada tapi kita kena tahu tak semua lagu balada ni senang untuk kita bawa " tambahnya.


Big Stage : Tak kecewa tersingkir, Farisha Iris nak cuba bawa genre dangdut Big Stage : Tak kecewa tersingkir, Farisha Iris nak cuba bawa genre dangdut Reviewed by Hilal Azmi on October 02, 2020 Rating: 5

No comments