Home Top Ad

Bintang Douyin mati dibakar bekas suami






Seorang bintang Douyin (TikTok versi China) bernama Lamu dilaporkan meninggal dunia pada 30 September lalu akibat bekas suaminya menyimbah petrol dan membakar rumahnya.


Kejadian ini membuktikan, keganasan ke atas kaum wanita dan rumah tangga masih satu isu yang belum selesai.


Apa terjadi kepada Lamu?



Vlogger berusia 30 tahun itu terkenal kerana videonya yang menunjuk situasi kehidupan di kampung sambil berpakaian baju tradisional Tibet.


Ketika Lamu sedang melakukan live stream, bekas suaminya, Tang memasuki rumahnya dan menyimbahkan petrol di sekeliling rumah, sebelum membakar rumah itu, 14 September lalu.


Akibat kebakaran itu, Lamu dimasukkan ke Hospital Rakyat Wilayah Sichuan dengan 90 peratus tubuhnya melecur, lapor Biro Keselamatan Awam Jinchuan.


Selepas dua minggu bertarung nyawa, Lamu meninggal dunia di hospital tersebut.


Kenapa Tang nak bunuh Lamu?


Tang yang mempunyai sejarah keganasan rumah tangga, sering memukul bekas isterinya, Lamu.


Pasangan itu berkahwin selama hampir satu dekad, sebelum Lamu tidak tahan dengan keganasan, lalu bercerai dengan Tang pada bulan Mei lalu.


Tidak lama kemudian, Tang mengancam untuk membunuh anak kecil mereka jika Lamu tidak menerimanya kembali.


Foto: Dayu News


Oleh kerana takut kehilangan anak, Lamu bersatu semula dengan Tang, namun Tang tetap mengganas sehingga Lamu mengambil tindakan untuk melarikan diri.


Lamu yang membuat keputusan untuk menceraikan Tang buat kali kedua, tidak mendapat hak penjagaan anaknya kali ini kerana ia diberikan kepada Tang.


Penceraian itu menyebabkan Tang marah dan membalas dendam dengan membakar rumah yang didiami Lamu.


Keluarga Lamu pernah melaporkan Tang kepada pihak polis, namun tiada tindakan yang diambil.


Kini, Tang telah ditahan dan siasatan sedang dijalankan bagi tuduhan membunuh secara sengaja.


Apa fans Lamu lakukan?


Foto: 台灣達人秀 

Lamu yang mempunyai 885,000 pengikut di aplikasi Douyin telah mengumpul dana satu juta yuan (RM613,000) bagi membantu pemulihan Lamu di Hospital. 


Selepas kematian Lamu, ramai pengikutnya di media sosial yang tidak senang dengan kejadian itu, bersuara di Weibo (Twitter versi China) dan mendesak keadilan bagi wanita itu.


Ramai yang meminta untuk Tang dibawa ke muka pengadilan dan dihukum bunuh.


Di Rupublik China, keganasan rumah tangga hanya dianggap jenayah pada 2016, namun undang-undang berkenaan dibuktikan masih tidak cukup dan ramai wanita masih dijadikan mangsa keganasan sehingga kini.



Sumber foto: 台灣達人秀  / Dayu News



Bintang Douyin mati dibakar bekas suami Bintang Douyin mati dibakar bekas suami Reviewed by Hilal Azmi on October 07, 2020 Rating: 5

No comments