Home Top Ad

'Sinister' filem paling seram sepanjang zaman, kata kajian terbaharu


Memang ramai suka tengok cerita hantu. Walaupun menakutkan, deruan adrenalin itu yang ditagih manusia kesan daripada menonton filem seram. Berdebar, tapi itulah keseronokannya. 

Kata orang, bagaimana seseorang itu menilai sesuatu benda (dalam hal ini filem seram) adalah berbeza. Ia sangat subjektif, termasuk tafsiran tahap keseraman sesebuah filem itu.

Sains menterjemah tahap keseraman filem seram dengan intesiti debaran, di mana baru-baru ini ada satu kajian mendapati filem paling seram adalah 'Sinister', sebuah filem 2012 oleh Scott Derickson.

Dalam eksperimen sains seram ini dijalankan oleh Broadband Choices UK, mereka melekapkan alat monitor jantung ke dada 50 orang peserta ketika mereka dipertontonkan dengan 50 cerita seram dari zaman dahulu hingga yang terbaharu. Filem-filem tersebut termasuk The Exorcist, The Conjuring, The Shining, IT, Nightmare on the Elm Street, Poltergeist dan Ju-On (The Grudge). 

Bacaan jantung ketika rehat secara puratanya adlah pada 65 degupan per minit (BPM), dan bacaan ketika menonton diambil. Antara kesemua filem, Sinister mencatat skor tertinggi apabila purata bacaan degupan jantung peserta ketika menonton filem itu adalah pada 86 BPM.

Bagaimanapun bacaan jantung ketika detik kejutan dalam Sinister agak tinggi pada 131 BPM, tetapi berada di tangga kedua di belakang filem Insidious yang membuatkan penonton terkejut sampai jantung mereka berdegup 133 kali seminit. Filem karya James Wan dan Leigh Whannell tahun 2010 itu mencatat purata degupan sebanyak 85 BPM.

Filem legenda tahun 1973, The Exorcist, yang dianggap sebagai antara filem seram terbaik sepanjang zaman, sekadar menduduki tangga ke 17 dengan purata degupan 77 BPM.

Ini senarai penuhnya:



Anda rasa bagaimana? Bagi saya macam tak cukup adil, sebab tak dinilai juga filem-filem hantu Asia. Apalah sangat hantu orang putih.

*Sumber: LADBible, Broadband Choices. Foto daripada filem edaran Summit Entertainment, AS.
'Sinister' filem paling seram sepanjang zaman, kata kajian terbaharu 'Sinister' filem paling seram sepanjang zaman, kata kajian terbaharu Reviewed by Hilal Azmi on October 21, 2020 Rating: 5

No comments