Home Top Ad

Guna otak, pakai pelitup muka, amalkan penjarakan fizikal

 


Siapa yang minat bola sepak sudah pasti kenal dengan Zlatan Ibrahimovic. Seorang pemain bola sepak yang disegani dari segi keberanian, keyakinan dan skil di dalam serta luar padang.

Selepas pulih daripada COVID-19, Zlatan mengeluarkan kenyataan yang mengingatkan kepada semua peminatnya supaya mematuhi peraturan yang ada untuk mengelak penularan virus itu dalam masyarakat.

"Virus telah mencabar saya dan saya menang, tetapi awak bukan Zlatan, jangan cabar virus itu," kata Zlatan dalam satu postingnya di Instagram.

Zlatan memang suka berseloroh bahawa dia bukan seperti manusia biasa dan pernah menyatakan dia seekor singa dan akan pulih lebih cepat berbanding manusia selepas mengalami kecederaan ACL.

Selain itu, selepas sah menjadi pemain LA Galaxy, dia membeli satu halaman penuh di akbar LA Times dengan hanya menyatakan, "Wahai LA, sama-sama (Dear LA, you're welcome!)", kononnya penduduk LA yang berterima kasih kerana dia sertai kelab bola sepak itu.




Pada masa sama, Zlatan ingatkan kepada semua untuk menggunakan akal fikiran dan menghormati peraturan iaitu sentiasa mengamalkan penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka, dan sama-sama akan menang peperangan ke atas virus COVID-19.

Zlatan disahkan positif COVID-19 pada hujung September tetapi kembali beraksi bersama kelab AC Milan selepas pulih dengan membantu pasukan itu menduduki puncak liga Serie A Itali.

Screen capture video yang diposkan di Instagram @iamzlatanibrahimovic


Walaupun sudah berusia 39 tahun, Zlatan yang berhijrah dari kelab LA Galaxy di Amerika membuktikan dia masih berbisa dan mampu beraksi di peringkat tertinggi.

Zlatan kini mengungguli carta penjaring terbanyak liga dengan enam gol daripada tiga perlawanan musim ini.

Jadi kepada yang tak reti lagi nak pakai pelitup muka, jangan cabar virus ni, anda belum pasti dapat pulih, terutamanya kalau sudah berusia, ada pangkat atau tidak, kerana anda bukan Zlatan.




Photo cover: Instagram/@iamzlatanibrahimovic


Guna otak, pakai pelitup muka, amalkan penjarakan fizikal Guna otak, pakai pelitup muka, amalkan penjarakan fizikal Reviewed by Hilal Azmi on October 30, 2020 Rating: 5

No comments