Home Top Ad

Hummer baharu boleh jalan macam ketam


Kalau Cybertruck oleh Tesla kalis peluru, GMC mengumumkan Hummer EV yang boleh bergerak ke sisi menggunakan mod CrabWalk.


Keempat-empat tayar Hummer EV boleh berputar pada sudut yang sama sehingga 10 darjah dan bergerak secara menyerong, macam ketam berjalan.


Bukan itu sahaja, ia mempunyai mod Extract boleh membolehkan meningkatkan ketinggian suspension kereta itu sehingga enam inci.


Tengok video ini:



Lebih menarik, Hummer EV ini adalah kenderaan yang menggunakan kuasa elektrik dengan tiga enjin elektrik, 1,000 horse power dan mampu mencapai kelajuan 0-100km/j dalam tempoh 3 saat.


Bateri Hummer ini juga dapat pergi sejauh 590 kilometer sekali cas.



Hummer EV juga pickup ataupun GMC melabelkannya sebagai supertruck convertible yang pertama di pasaran.


Batch pertama Hummer EV ini akan dikeluarkan pada 2022, tapi ia sudah habis dijual.





 

Hummer baharu boleh jalan macam ketam  Hummer baharu boleh jalan macam ketam Reviewed by Hilal Azmi on October 23, 2020 Rating: 5

No comments