Home Top Ad

iPhone 12 akan dijual tanpa 'headphone' dan 'power adapter'


Pengumuan tentang iPhone 12 oleh Apple telah menggamit perhatian ramai, seperti biasa.

Rata-rata ramai teruja dengan penampilannya yang sedikit berubah, serta keupayaannya yang lebih berkuasa dari segi pengambilan foto dan video serta kelajuan pemprosesannya untuk disebutkan antaranya.

Namun, masih ingatkah lagi ketika Apple mengumumkan penghapusan jek audio bermula dengan iPhone 7 dahulu? Nampaknya kali ini mereka sekali lagi mengundang amarah pengguna Apple.

iPhone 12 diumumkan dijual pada harga bermula $699, lebih $100 berbanding model terdahulunya iPhone 11. iPhone 12 Max pula bermula pada $999. Adalah iPhone 12 mini yang lebih murah, tetapi cirinya tidak secanggih versi yang lebih besar.

Menurut Naib Presiden polisi alam sekitar dan insiatif sosial Apple, Lisa Jackson, setiap kotak iPhone 12 tidak disertakan earphone dan power adapter.

Benar tuan-tuan dan puan-puan, bayar nak dekat lima enam ribu Ringgit hanya dapat sebuah telefon dengan kabel pengecasnya sahaja.

Ini je dia bagi...

Kabel pengecasnya pula adalah Lightning ke USB-C, tidak seperti kabel terdahulu. Bermaksud, anda tidak boleh gunakan power adapter dengan port USB biasa dan perlu membeli yang baharu secara berasingan. Atau, cucuk pada Macbook versi baharu (kalau ada lah).

Kononnya demi manfaat alam sekitar. Kata Jackson, kotak iPhone yang lebih kecil membolehkan Apple memuatkan sehingga 70% lebih produk dalam palet penghantaran mereka. Abah dia.

Ciri telefon yang lebih canggih datang harga yang lebih mahal, tetapi kelengkapan asasnya tidak disertakan bersama. Kalau ada power adapter USB-C, nasib baik. Kalau tak ada, siap sedialah nak belanja lagi RM100.

Benda alah ni pun nak berkira...

Marah lah macam mana pun, Apple peduli apa. Dia tahu orang mesti beli punya.

Tapi katanya kemampuan mengambil gambar foto dan videonya memang dahsyat. Baca di sini: Ciri baharu iPhone 12 Pro Max yang pasti memikat para pembikin filem.

*Sumber: Mashable.Asia
iPhone 12 akan dijual tanpa 'headphone' dan 'power adapter' iPhone 12 akan dijual tanpa 'headphone' dan 'power adapter' Reviewed by Hilal Azmi on October 14, 2020 Rating: 5

No comments