Home Top Ad

iPhone 12 dan iPhone 12 Pro sama saja

 


Tiada perbezaan antara iPhone 12 dan iPhone 12 Pro di bahagian dalam binaan telefon itu.


Saluran Youtube iFixit membuka casing kedua-dua iPhone tersebut untuk melihat bahagian dalam telefon pintar terbaharu dari Apple itu dan mendapati papan logik pada kedua-dua telefon itu sama sahaja.


Perbezaan binaan di dalam kedua-dua iPhone hanya bahagian perlindungan kamera atau camera shield sahaja.


iPhone 12 hanya ada dua lensa manakala iPhone 12 Pro tiga lensa yang menjelaskan kenapa perlindungan atau camera shield milik Pro berbeza.


Kedua-dua menggunakan skrin 6.1 inci Super Retina XDR.


Bateri iPhone 12 dan Pro seperti dalam Youtube/iFixit.

Bateri yang digunakan untuk iPhone 12 juga sama dan lebih kecil iaitu 10.76 Watt hour (Wh) berbanding 11.67 Wh yang digunakan pada iPhone 11.


Apple menjelaskan cip A14 yang lebih pintar dapat mengurangkan penggunaan tenaga, sebab itu penggunaan bateri yang mempunyai kuasa yang lebih rendah dipasang pada iPhone 12.


Bagaimanapun ada yang mendakwa alasan yang diberikan Apple tidak boleh diterima kerana mengatakan bateri iPhone 11 tahan lebih lama berbanding iPhone 12 walaupun operasinya sama sahaja.


iPhone 12 dan 12 Pro menggunakan bateri 2,815 mAh, yang lebih kecil daripada yang digunakan pada iPhone 11 (3,110 mAh) dan iPhone 11 Pro (3,046 mAh).


Perbezaan luaran yang ketara adalah iPhone 12 diperbuat daripada aluminium manakala Pro daripada besi tahan karat.


Untuk kamera yang lebih canggih, anda perlu membayar lebih la. iPhone 12 dijual bermula RM3,899, manakala iPhone 12 Pro  bermula RM4,899.



iPhone 12 dan iPhone 12 Pro sama saja iPhone 12 dan iPhone 12 Pro sama saja Reviewed by Hilal Azmi on October 28, 2020 Rating: 5

No comments