Home Top Ad

KEMAS KINI: PKPB Lembah Klang: Apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan


Lembah Klang akan berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 12:01 malam ini, 14 Oktober 2020, selama 14 hari.


Pelaksanaan PKPB bermakna sektor ekonomi dibenarkan beroperasi dan sektor pendidikan dan sosial tidak dibenarkan.


Jika anda masih tidak yakin tentang apa yang boleh atau tidak boleh dilakukan, sambung baca artikel ini.


BACA: Boleh bersukan secara individu dalam PKPB Selangor, KL & Putrajaya


Ini apa yang boleh dilakukan?


Foto: Manuel, Unsplash


Anda boleh keluar rumah, tetapi hanya untuk membeli barangan keperluan atau untuk tujuan “perlu”, termasuk membeli barang dapur, bekalanan makanan, ubat-ubatan atau berjumpa doktor. Bagaimanapun, hanya dua orang sekeluarga dibenarkan keluar sekali.


Semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi, termasuk restoran, kafe, warung, kedai mamak dan semua jenis tempat makan. Boleh makan di premis itu TAPI terhad kepada 2 orang satu meja. Untuk lebih selamat, pesan guna pandu lalu, atau guna perkhidmatan penghantaran makanan.


Anda wajib mementingkan penjarakan fizikal ketika berada di luar atau di tempat awam, bukan sahaja untuk mengelak dijangkiti COVID-19, tetapi kerana anda boleh disaman oleh pihak berkuasa yang akan memantau tempat-tempat awam dan mencari dan menyaman pesalah yang ingkar PKPB.


Apa yang tidak boleh dilakukan?


Kelas pembelajaran secara fizikal tidak dibenarkan dalam tempoh PKPB, dan semua institusi pelajaran termasuk sekolah rendah, menengah, tadika, pusat penjagaan kanak-kanak, universiti dan kolej serta pusat tahfiz akan ditutup buat sementara waktu. 


Ini tidak bermaksud pelajaran dibatalkan, namun pelajaran boleh dilakukan secara dalam talian. Bagi yang perlu melalui peperiksaan antarabangsa, anda dibenarkan pergi ambil periksa tapi bukan sesi pembelajaran di kelas.


Jika anda sudah merancang untuk berkahwin dalam tempoh dua minggu bermula malam ini, sila tangguhkan tarikh perkahwinan ke tarikh yang lain. Tetamu anda boleh tunggu, kerana keselamatan mereka dan kedua-dua pengantin adalah lebih penting buat masa ini. 


Anda tidak boleh merentas dearah atau negeri jika anda berada dalam kawasan Lembah Klang. Jika pekerjaan anda berada di daerah lain, sila bawa pas pekerja dan  surat pengesahan pekerja daripada majikan untuk ditunjukkan kepada pihak berkuasa yang akan bertugas di sekatan jalan raya di lokasi tertentu sekitar Lembah Klang.



Cover photo: Izudin Helmi Adnan @ Unsplash



KEMAS KINI: PKPB Lembah Klang: Apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan KEMAS KINI: PKPB Lembah Klang: Apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan Reviewed by Hilal Azmi on October 13, 2020 Rating: 5

No comments