Home Top Ad

Kenapa Jho Low tak ada dalam senarai merah INTERPOL?


Isu Jho Low tak ada dalam senarai notis merah di laman web Interpol sudah dijelaskan sejak Februari lalu oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan ia bukan lagi satu yang pelik.


Tapi sebab ramai yang tak tahu lagi, di sini kami jelaskan semula berdasarkan laporan yang dikeluarkan Malaysiakini.


Menurut laporan itu, Abdul Hamid menjelaskan terdapat dua kategori senarai notis merah, satu yang didedahkan kepada orang awam (di laman web INTERPOL) dan satu lagi hanya dihadkan kepada agensi penguat kuasa sahaja.


Selepas kami mengeluarkan artikel empat orang yang berada dalam senarai notis merah Interpol petang tadi, ada yang bertanya kenapa Jho Low tidak disenaraikan sehingga sekarang?


BACA: 4 ORANG MALAYSIA DALAM SENARAI MERAH INTERPOL


Jadi jawapan kenapa tidak ada dalam senarai Interpol, IGP kita dah jelaskan pada 19 Februari 2020 lagi; Jho Low berada dalam senarai merah yang lagi satu, yang bukan untuk semua orang tapi hanya terhad untuk pihak berkuasa sahaja.


Jho Low kini merupakan pelarian kerana dikehendaki oleh pihak berkuasa Malaysia bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana 1MDB.


Bukan saja di Malaysia, skandal kewangan terbesar di dunia itu melibatkan siasatan kes pengubahan wang di sekurang-kurangnya enam negara termasuk Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura. 


Jho Low turut dikehendaki oleh pihak berkuasa Singapura dan sudah disenaraikan dalam notis merah Interpol sejak Oktober 2016 lagi.


KEMASKINI 17 NOVEMBER: Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low, yang menjadi 'mastermind' dalam skandal 1MDB percaya dia tidak melakukan kesalahan dan hanya meminjam wang daripada 1MDB.


Pengakuan Jho Low itu dibuat melalui rakaman perbualan telefon dengan bekas pegawai kerajaan di bawah pimpinan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang didedahkan melalui sebuah dokumentari disiarkan stesen penyiaran Al Jazeera.

Namun ia bukan sebab ahli perniagaan itu tiada dalam senarai merah atau diburu pihak berkuasa.




Kenapa Jho Low tak ada dalam senarai merah INTERPOL?  Kenapa Jho Low tak ada dalam senarai merah INTERPOL? Reviewed by Hilal Azmi on October 15, 2020 Rating: 5

No comments