Home Top Ad

Kenapa orang suka ambil selfie tunjuk sisi muka sahaja?


Jawapan kepada persoalan itu bergantung kepada sisi mana muka atau wajah kita yang lebih menarik.


Kalau ikutkan gambar model di atas, termasuk Emily Ratajkowski (kanan, foto dari Instagram @emrata), memang mereka akan lebihkan bahagian kiri atau kanan wajah.


Adakah ini disebabkan hanya satu bahagian muka kita saja yang lebih menarik untuk fotografi atau selfie?


Kenapa tanpa disedari, gerak hati kita adalah untuk menoleh ke sebelah kiri atau kanan semasa ambil gambar selfie?


Percaya atau tidak, ada kajian yang memberi jawapan kepada perkara ini.


Seorang profesor di La Trobe University di Melbourne, Annukka Lindell mendapati majoriti selfie yang diambil menunjukkan bahagian kiri wajah seseorang (lebih kurang 41%).


Selain selfie, gambar potret yang dilukis juga menunjukkan kencenderungan asimetri yang sama, di mana pipi kiri juga menjadi pilihan dan menurut kajian, ia dilakukan dengan cara tidak sengaja.


Kenapa?


Kapten Liverpool, Jordan Henderon (@jhenderson) & Israr Khalid pun pilih bahagian kiri


Kajian mendapati bahagian kiri muka lebih menonjolkan perasaan seseorang dan ada kaitan dengan bagaimana perasaan diproses oleh otak.


Jika kita gembira dan mahu berkongsinya dengan followers kita di Instagram, pasti kita akan menoleh sebelah kiri.


Ini kerana otak sebelah kanan mengawal otot-otot bahagian kiri badan adalah lebih dominan kepada emosi kita. 


Itu yang menyebabkan orang yang mahu berkongsi perasaan mereka dalam sebuah gambar akan menunjukkan bahagian kiri wajah mereka.


Kalau dia posing muka ke sebelah kanan, ia bermakna dia sedang cuba untuk tidak menunjukkan perasaan sebenarnya  atau melindungi emosi sebenar mereka.



Penyampai berita AWANI, Nailah Huda (kiri) dan pelakon, Mira Filza ambil gambar bayangan guna pipi kanan. 


Sedar atau tak, orang yang ambil selfie di depan cermin, akan menoleh ke sebelah kanan (seperti gambar di atas) kerana bayangan mereka di dalam cermin menukar posing atau kononnya mereka menggayakan gambar itu dengan pipi kiri.


Senyum senget masa selfie? Kami belum jumpa lagi kajian mengenai tabiat itu, tapi ada majoriti golongan yang suka selfie sedemikian.


Berapa lama pula mereka habiskan masa nak berselfie?


Statistik menunjukkan orang yang suka kongsi gambar selfie di Instagram akan menghabiskan masa sekitar 5 jam seminggu. Mereka akan mengambil sehingga tujuh syot, sebelum mendapat selfie yang cun.


Jadi, bahagian mana muka anda yang menarik untuk ambil gambar selfie?



Kenapa orang suka ambil selfie tunjuk sisi muka sahaja?  Kenapa orang suka ambil selfie tunjuk sisi muka sahaja? Reviewed by Hilal Azmi on October 26, 2020 Rating: 5

No comments