Home Top Ad

Kini kita dah boleh sambung main game konsol Xbox di pejabat


Kini anda dah boleh main game XBox menggunakan peranti iOS dan iPadOS, dengan kemas kini terbaharu app Microsoft Xbox pada sistem operasi itu.


Inilah kelebihan 5G, dengan kepantasan rangkaian internet, game pada konsol XBox yang ada di rumah, boleh dimainkan secara kawalan jauh dengan iPhone atau iPad.


Ini bermakna kita boleh sambung main game pada konsol Xbox yang ada dekat rumah di pejabat (waktu lunch lah).


App baru XBox untuk iOS dan iPadOS sekarang lebih pantas dan membenarkan anda menggunakan ciri remote play dan strim game pada peranti mudah alih anda.


Xbox remote play hanya untuk game yang anda miliki pada konsol Xbox di rumah, berbeza dengan perkhidmatan Microsoft XCloud yang menstrim game secara terus dari pelayan.


Bagaimanapun, malang untuk pemilik Xbox 360, kerana remote play hanya boleh digunakan untuk Xbox One and Xbox series X dan S yang akan dikeluarkan tidak lama lagi (10 November).


Jadi siapa yang membuat keputusan untuk menjual Xbox 360 mereka sebelum ini, ia adalah satu keputusan yang bijak sebab apa pun dah boleh buat dengan konsol itu.


Foto: Afif Kusuma @ Unsplash


Kini kita dah boleh sambung main game konsol Xbox di pejabat Kini kita dah boleh sambung main game konsol Xbox di pejabat Reviewed by Hilal Azmi on October 20, 2020 Rating: 5

No comments