Home Top Ad

Kolaborasi Pharrel dengan Paul Pogba


Nampak gaya Adidas terus nak bagi hype lagi scene bola sepak ni, syarikat pakaian sukan gergasi Jerman itu mengeluarkan edisi boot bola Adidas Predator 20+ Pharrel Williams x Pogba Humanrace.

Apa yang best sangat kolaborasi ni? 


Reka bentuk boot Predator Mutator 20+ memang tak diubah, tapi seperti biasa, colorway dan design luaran ditukar.

Ada cop PW (Pharrel Williams) menjadikan ia satu koleksi terhad yang bakal dijual dengan mahal oleh para reseller street wear.

Instagram predatormarket dah keluarkan video unboxing Predator baharu itu, begitu juga bintang bola sepak Perancis/Manchester United, Pogba yang dilihat amat teruja dengan koleksi yang baharu itu.

Perlawanan itu merupakan peluang Pogba dan rakan sepasukannya untuk membuktikan mereka mampu untuk bangkit daripada kekalahan teruk 2-6 kepada Tottenham Hotspur, dua minggu lepas.

Boleh tak Pogba score lawan Newcastle malam nanti? 


Foto: Instagram/predatormarket

Foto: Instagram/predatormarket

Boot ini dijangka dikeluarkan minggu depan, sayangkan kalau boleh beli pun, padang bola sepak ditutup akibat PKPB.


Kolaborasi Pharrel dengan Paul Pogba Kolaborasi Pharrel dengan Paul Pogba Reviewed by Hilal Azmi on October 17, 2020 Rating: 5

No comments