Home Top Ad

Mampu tak Alica kalahkan Mats dalam lumba lari 400 meter?


World’s Hottest Track Athlete vs one of the most powerful central defender in football. 


Kita tahu mereka mempunyai kelebihan dan kekuatan masing-masing, tapi kalau lumba lari 400 meter, agaknya siapa akan menang?


Ini cerita atlet olahraga wanita Jerman Alica Schmidt, lumba lari dengan pemain pertahanan bola sepak Borussia Dortmund, Mats Hummels. 


Siapa Alica Schmidt?


Alicia laju tau. Foto: Instagram/alicasmd


Alica, 21 tahun adalah seorang atlet olahraga Jerman. Dia sepatutnya mewakili Jerman pada temasya Olimpik 2020 di Tokyo dalam acara 4 x 400 meter, namun temasya itu terpaksa ditangguhkan akibat pandemik COVID-19.


Bakatnya mula terserlah apabila mendapat gangsa bagi Kejohanan Olahraga Eropah Bawah 23 tahun tahun pada 2019 dan pingat perak bagi Kejohanan Eropah Bawah 20 tahun pada 2017, dalam acara lumba lari 4 x 400 meter berganti.





Sementara menunggu untuk Olimpik Tokyo yang dijadual berlangsung tahun depan, Alica dijemput untuk mengadakan sesi senaman bersama skuad bola sepak Borussia Dortmund dalam satu acara anjuran jenama sukan, PUMA. 


FYI, Alica adalah atlet yang ditaja oleh PUMA, sama dengan Dortmund.


Pada 2017, laman web Australia, Busted Coverage melabelkan Alica sebagai Atlet Olahraga Wanita Paling Seksi di Dunia, awal tahun ini.


Kecantikan dan bentuk badan fizikalnya yang atletik, menjadi buah mulut ramai dan dijadikan bahan jenaka punca pemain Dortmund, Jadon Sancho tak mahu berhijrah ke Manchester United.


Bukan saja cantik, Alica seorang beauty with brains yang mementingkan ilmu pengetahuan dan merupakan seorang pelajar di Universiti Sains Gunaan Fresenius.




Kenapa lawan dengan Mat Hummels?


Saja suka-suka ni, alang-alang dah ditugaskan sebagai jurulatih kecergasan Dortmund yang diwakili Mats. Sebuah video dimuat naik di saluran Youtube Alica, yang baru ada dua video, walaupun sudah wujud lebih dua tahun.


Mungkin kandungan itu digunakan untuk menaikkan profilnya sebagai seorang atlet, model dan influencer. Maklumlah, Alicia juga sudah muncul di televisyen dan juga iklan di TV.


Jadi siapa menang? Pemain profesional bola sepak Jerman atau atlet wanita yang tengah meningkat namanya dalam olahraga?


Kena tengok video ni (tekan CC dekat. bawah untuk aktifkan sari kata, mereka cakap dalam bahasa Jerman):





Mampu tak Alica kalahkan Mats dalam lumba lari 400 meter? Mampu tak Alica kalahkan Mats dalam lumba lari 400 meter? Reviewed by Hilal Azmi on October 13, 2020 Rating: 5

No comments