Home Top Ad

OK ke tak makan makanan pedas?


Majoriti orang Malaysia, sudah biasa dengan hidangan berempah yang dimasak dengan cili, kemudian tambah lagi dengan sambal cili api dan cili potong. Itu pun ada yang kata "tak cukup pedas!".


Sensasi apabila makan makanan pedas itu bukan sahaja memuaskan, namun juga sesuatu yang mengujakan dan ramai menganggap ia sebagai cabaran. Mereka yang tidak tahan makan pedas turut setuju dengan perkara ini, betul tak?


Dalam suka-suka kita makan pedas, tahu kah tentang kebaikan dan keburukan memakan makanan pedas dengan terlalu banyak? Artikel ini akan membincangkan kedua-dua kebaikan dan juga keburukan makan pedas.


Makan pedas boleh panjangkan jangka hayat anda


Menurut kajian oleh BMJ dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China (CCDC) pada 2015, individu yang mengambil makanan pedas enam hingga tujuh kali seminggu  mengurangkan risiko kematian sebanyak 14 peratus berbanding individu yang mengambil makanan pedas hanya sekali seminggu.


Kajian itu turut mengambil kira faktor seperti alkohol, di mana risiko kematian bagi individu yang tidak mengambil minuman keras adalah lebih rendah berbanding mereka yang sering minum arak.


Makan pedas boleh menyebabkan simptom sakit ulu hati, cirit-birit


Walaupun makanan pedas tidak terbukti untuk menyebabkan simptom jangka panjang, ia boleh memberi kesan jangka pendek seperti cirit-birit atau lebih teruk, sakit ulu hati (heartburn), mual dan susah untuk tidur malam.


Tambah pula jika badan anda tidak biasa dengan makanan pedas atau anda lebih sensitif berbanding orang lain, anda pasti akan rasa panas di bahagian abdomen selepas makan dan kemungkinan besar ia akan menyebabkan beberapa sesi ke tandas.


Ada juga yang mempunyai masalah kesihatan seperti sindrom usus rengsa (IBS) atau penyakit radang usus (IBD), kesan makan pedas akan lebih serius berbanding mereka yang tidak mempunyai apa-apa penyakit


Makanan pedas boleh bantu kurangkan berat badan


Menurut kajian terbitan Majlis Arkib Maklumat Teknologi (NCBI), kapsaisin iaitu bahan aktif dalam cili mampu meningkatkan penggunaan tenaga sebanya 50 kcal/sehari, sekali gus mempercepatkan proses turun berat badan satu hingga dua tahun. 


Bagaimanapun, kesannya tidak begitu ketara, jadi jangan pula menganggap mengambil makanan pedas setiap hari boleh kuruskan badan anda tanpa melakukan senaman serta pengambilan diet yang seimbang.


Makanan pedas boleh menyebabkan ulser?


Mereka yang lebih cenderung kepada masalah ulser sering mengadu yang makanan pedas meningkatkan risiko mereka mendapat ulser.


Banyak kajian terkini membuktikan kapsaisin mengurangkan risiko mendapat ulser di dalam perut oleh kerana kebolehan untuk memenyekat penghasilan asid dan menyebabkan lebih banyak mukus dihasilkan, sekali gus perut jadi lebih sihat.


Perkara itu tidak bermaksud anda yang sering mendapat penyakit ulser selepas makan pedas harus mengabaikan sahaja simptom itu. Sebaliknya anda harus lebih peka dengan badan anda dan jika terlalu sakit, maka ia tidak bagus untuk diri anda.


Apa kesimpulannya?


Secara keseluruhan, makanan pedas adalah selamat dan sihat dan ia terbukti tidak menyebabkan ulser. 


Bagaimanapun jika anda sensitif terhadap makanan pedas, tetapi ingin membiasakan diri dengan makanan itu, anda boleh melakukannya secara berperingkat dan cuba mengambil makanan pedas sedikit demi sedikit. 



OK ke tak makan makanan pedas? OK ke tak makan makanan pedas? Reviewed by Hilal Azmi on October 22, 2020 Rating: 5

No comments