Home Top Ad

"Jangan putus asa pusat beli-belah" - Sungei Wang


Tidak dapat dinafikan, waktu pandemik sangat mencabar bukan sahaja bagi individu, tetapi juga bagi syarikat-syarikat besar termasuk pusat beli-belah terutamanya di Lembah Klang yang kini berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).


Sebab adanya kes COVID-19 dilaporkan di beberapa pusat beli-belah di sekitar Selangor dan Lembah Klang, orang ramai semakin takut untuk kunjungi tempat itu walaupun ia tidak dilarang di bawah PKPB.


Oleh itu, pihak pengurusan Sungei Wang, yang merupakan antara pusat beli-belah tertua di Lembah Klang tampil memberi kata-kata semangat kepada "adik-adik", atau pusat beli-belah lain yang turut terjejas akibat COVID-19 di dalam satu entri di Facebook.


"Walaupun masa kini sukar untuk kita semua, jangan risau kerana kita akan bangkit semula, mari berpegang teguh sambil kita bersama-sama lalui cabaran ini, jangan berputus asa, kami bersama-sama melawan COVID-19," kata Sungei Wang kepada pusat beli belah lain dalam entri tersebut.



Tidak lama selepas itu, pusat beli belah yang lain menjawab di ruang komen entri itu dengan kata-kata sepakat. 


"Singa (merujuk kepada kepala singa di Sunway Pyramid) berada di sini untuk semua, kami mampu melawan bersama-sama!" komen Sunway Pyramid.



Pusat beli belah Paradigm Mall di Petaling Jaya pula mengucap terima kasih kepada abang, Sungei Wang dan mengajak kesemua pusat beli-belah untuk bersatu dalam mengharungi masa sukar ini.



Sebuah pusat beli-belah di utara, Gurney Plaza Pulau Pinang turut sertai ruang komen yang aktif itu dan memberi sokongan kepada kesemua yang terjejas di Lembah Klang.





Banyak lagi komen oleh pusat beli belah di seluruh negara yang turut terlibat, mengangkat satu sama lain dalam entri yang dimuat naik Sungei Wang itu.

Itu menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sememangnya bersatu padu dalam membantu, menyokong dan menjaga satu sama lain di waktu pandemik yang sukar ini.


"Jangan putus asa pusat beli-belah" - Sungei Wang "Jangan putus asa pusat beli-belah" - Sungei Wang Reviewed by Hilal Azmi on October 19, 2020 Rating: 5

No comments