Home Top Ad

Satu hari, Bumi akan ditelan Matahari

 


7.5 bilion tahun akan datang, matahari, bintang yang pernah memberi kita cahaya, tenaga dan kehidupan, akan bertambah panas sambil saiznya mengembang. 


Pada masa itu, matahari bukan lagi sumber hidup, tetapi ia akan memusnahkan segala benda yang hidup, termasuk di planet-planet lain dalam sistem suria.


BACA: ALIEN WUJUD DI PLANET ZUHRAH

BACA: APA YANG NASA NAK DENGAN SAMPEL ASTEROID


Menurut ramalan kajian oleh saintis alam sekitar di University of East Anglia, England, Andrew Rushby, 1.5 bilion tahun dari sekarang matahari akan memulakan fenomena yang boleh dipanggil "super-global warming" atau pemanasan global yang terlalu ekstrem. Kali ini, ia bukan disebabkan kegiatan manusia.


Apa akan berlaku dalam 1 bilion tahun?


Menurut kajian sekitar 1 bilion tahun ke hadapan, jisim suria atau solar luminousity, unit piawaian yang digunakan bagi mengukur jisim bintang dan galaksi, akan terus meningkat dan menyebabkan suhu pada muka bumi turut meningkat dengan kadar yang tinggi.


Pada masa itu, kadar penyejatan akan meningkat, menambahkan kesan rumah hijau di atmosfera Bumi, sekali gus menyebabkan air di lautan kering kontang dan pada masa itu kehidupan, termasuk hidupan mikro yang dibina untuk tahan panas atau keadaan ekstrem akan mati terbakar.


BACA: BOLEH TAK MINUM AIR YANG DITEMUI DI BULAN?

BACA: MACAM MANA BULAN BOLEH BERKARAT?


Apa akan jadi selepas itu?


Itu hanya permulaan, 5 bilion tahun akan datang matahari akan mula berkembang saiznya sehingga ia menjadi bintang yang dikenali oleh saintis sebagai gergasi merah atau red giant (RG).


Matahari bukan bintang pertama untuk bertukar menjadi RG, malah bintang yang menjadi tumpuan ahli astronomi, Aldebaran (Alpha Tauri), bintang ke-14 paling terang, dan bintang Mira (Omicron Ceti) yang terletak 420 tahun cahaya daripada bumi, kini berada dalam fasa RG.


7.5 bilion tahun akan datang, matahari akan tukar sumber bahan bakar di terasnya daripada hidrogen kepada helium, kemudian terus berkembang dan membesar dengan pesat.


Saiz matahari akan melewati orbit Bumi, membakar segala yang tinggal di Bumi dan Planet Marikh, manakala bulan ais di planet Musytari dan Zuhal akan bertukar menjadi destinasi tropika kerana aisnya yang telah cair.


Pada 2008, saintis cuba mengkaji bagaimana Bumi boleh melarikan orbitnya daripada ditelan matahari gergasi. 


Ada teori penghitungan yang mengatakan jika saiz matahari semakin besar, orbit Bumi boleh tertolak dan menyebabkan Bumi selamat daripada ditelan matahari.


Bagaimanapun penghitungan itu membuktikan penolakan orbit Bumi itu tidak cukup untuk menyelamatkan Bumi, yang membuktikan tiada benda hidup yang kekal selamanya.



Satu hari, Bumi akan ditelan Matahari Satu hari, Bumi akan ditelan Matahari Reviewed by Hilal Azmi on October 28, 2020 Rating: 5

No comments