Home Top Ad

Selamba mamat ni guna peti sejuk untuk main video game

 

Ini bukan olok-olok tapi cerita benar. Dalam kesibukan orang menantikan iPhone terbaharu di Apple Event malam ini, tiba-tiba, kata kunci Samsung juga trending di Twitter.


Salah satu sebab (selain promo budak Kpop guna Samsung) adalah seorang Youtuber, menunjukkan demo dia main video game dekat peti sejuk Samsung.


Bagaimana ia dilakukan?


Pengguna Instagram, vapingwithtwisted420 (Richard Mallard) adalah pelanggan Xbox Game Pass Ultimate yang digunakan di telefon pintar Samsung.


Dengan sambungan Smart view yang ada pada peti sejuk Samsung RF265BEAESG dan juga telefon pintar Samsung miliknya, ia menyambungkan akaun xCloud untuk game dipaparkan pada skrin peti sejuk itu.


Lebih menarik, dia boleh menggunakan controller Xbox untuk bermain game dengan paparan skrin peti sejuk itu.


Jadi tak perlu lah seorang gamer untuk berada jauh dari peti sejuk mereka semasa main game ataupun kalau orang lain sibuk tengok TV, bolehlah anda bermain game dekat peti ais.

Selamba. 


Benda ni bukan baharu, kami je yang baru tahu. Apa saja boleh dibuat sekarang dengan teknologi.


Siapa pernah buat benda ni dekat rumah dia? Tengok demo penuh, main game di peti sejuk Samsung yang dilakukan Richard ini.




Selamba mamat ni guna peti sejuk untuk main video game Selamba mamat ni guna peti sejuk untuk main video game Reviewed by Hilal Azmi on October 13, 2020 Rating: 5

No comments