Home Top Ad

Trump kena COVID-19, ini reaksi netizen



Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan isteri, Melania Trump didapati positif COVID-19 dan ciapan warganet di Twitter berkenaan perkara itu sungguh menggelikan hati.


Kenapa perkara yang serius ini diketawakan oleh warganet di seluruh dunia?


Itulah balasan Trump kerana tidak percaya bahawa COVID-19 adalah ancaman sebenar dan sentiasa menyalahkan orang lain dalam hal virus ini.


Trump mengumumkan perkara itu di laman sosial Twitternya pada jam 12:55 tengah hari waktu Malaysia (1:00 tengah malam, Jumaat waktu AS).



Dia dan isteri dipercayai dijangkiti virus itu bersama dengan seorang kakitangan di White House, Hope Hicks yang telah didapati positif pada Khamis. 


Apa reaksi di Twitter?


Trump selama berbulan-bulan bercakap tentang virus yang dipercayai berasal dari sebuah pasar basah di Wuhan, China itu dan sering menukar pendapat dan pandangan terhadap COVID-19.


Presiden Trump turut pernah ragu-ragu tentang kesahihan COVID-19 dan mengganggap ia sebagai satu penipuan atau "hoax".


Apabila Trump didapati dijangkiti koronavirus, ribuan reaksi dan ciapan membanjiri garis masa Twitter yang menggunakan tanda pagar #TrumpHasCovid, trending nombor satu dunia.


Ethan atau @Estimm684 dalam satu ciapan berkata, Trump yang pernah memanggil COVID-19 sebagai "Virus Wuhan" atau "Virus China", akhirnya dijangkiti virus itu pada Hari Nasional Republik China yang jatuh pada 1 October 2020, ironik bukan?



Ada juga pengguna Twitter, Tan Su Lin (@tan_sulin) yang mengetengahkan antara teori paling popular oleh Presiden Trump dalam cara menangani virus itu, iaitu dengan menyuntik asid hidroklorik atau klorox ke dalam saluran darah.

(Jangan risau, dia hanya bergurau...)



Trump turut terkenal kerana tidak percaya akan memakai pelitup muka (mask), kini disindir warganet (@HKrassenstein) kerana kata-katanya baru-baru ini terhadap musuh demokrat, Joe Biden semasa Perdebatan Pertama Presiden yang berlangsung di Ohio, Rabu lalu.

Trump berkata, dalam nada menganjing, bahawa Biden sering dilihat memakai mask, manakala Trump tidak suka pakai.




Bukan sahaja Trump yang tidak percaya dengan pencegahan COVID-19 dengan memakai face mask, malah anaknya, Ivanka turut mengikut jejak ayahnya apabila dilihat tidak memakai mask sambil duduk di kerusi penonton di debat kontroversi berkenaan.


Tolak ketepi guarauan, kerana realitinya COVID-19 yang telah membunuh lebih 200,000 nyawa di AS sahaja membuktikan virus itu bukan satu bahan lawak, malah ia sangat serius. 

Donald Trump yang berusia 72 tahun jatuh dalam kalangan mereka yang rentan terhadap jangkitan virus, dan ketidaktentuan ekonomi serta pentadbiran negara Uncle Sam kini menjadi satu kegusaran rakyat AS.

Apa-apa pun, kami mendoakan agar Presiden dan isteri cepat sembuh dan mengambil serius penyakit itu, serta memakai mask di tempat awam.

(It is what it is...)

Sumber foto: 



Trump kena COVID-19, ini reaksi netizen Trump kena COVID-19, ini reaksi netizen Reviewed by Hilal Azmi on October 02, 2020 Rating: 5

No comments