Home Top Ad

Yahoo! Boleh bersukan masa PKPB!



Kerajaan dah umum, aktiviti bersukan secara individu, e-sports, sukan yang tak bersentuan dan sukan outdoor tak melebihi 10 orang DIBENARKAN!


Jadi ini bermakna kita boleh melakukan senaman di luar kawasan rumah kita, dalam daerah kita. Bolehlah berbasikal dan jogging.


Bagaimanapun aktiviti kolam renang, bersentuhan fizikal, sukan bertempur dan penganjuran sukan/kejohanan tidak dibenarkan.


Pengumuman penting yang dibuat Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang lain adalah, semua aktiviti perniagaan, ekonomi dan industri boleh beroperasi semasa PKPB.



Foto: Paul Melki @ Unsplash

Restoran, kedai / gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera / pusat penjaja, gerai makan tepi jalan / kiosk, kedai runcit dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam. 


Pembelian makanan digalakkan secara pandu lalu, penghantaran (delivery) atau take-away sahaja. 


Makan di premis makanan (dine in) adalah dibenarkan namun terhad kepada 2 orang 1 meja dengan pematuhan SOP Sektor Makanan. 


Perkhidmatan pengangkutan awam seperi bas henti-henti, bas Ekspres, LRT, teksi/ e-hailing dibenarkan beroperasi.


Cover Photo: Victor Xok @ Unsplash



Yahoo! Boleh bersukan masa PKPB!  Yahoo! Boleh bersukan masa PKPB! Reviewed by Hilal Azmi on October 13, 2020 Rating: 5

No comments